.
Aku dah tunaikan tanggungjawab aku dalam pembangunan negara. Itu hak negara. Namun, aku tak pernah tunaikan hak aku sebagai pengundi.
Aku rasa, kita semua warga yang suka menderma untuk negara. Walau pun tak perlu bayar income tax, tanpa sedar, semua kita ini membayarnya.
Ini jadual harian yang biasa untuk kebanyakkan kita:
1. Pagi-pagi kena hantar anak ke sekolah naik kereta nasional tapi masih kena bayar CUKAI EKSAIS.
2. Untuk elakkan dari kena SAMAN, kenalah bayar ROADTAX dan LESEN yang duit itu entah untuk apa.
3. Pergi kerja lalu lebuhraya, eh bukan! laluan asal yang tak pernah ada tol tapi dinaik-tarafkan dengan pondok tol. Kenalah lalu juga, dah itu je jalan yang dekat, tapi kena BAYAR TOL.
4. Tengah hari, makan kat kedai makan yang diberi lesen mengutip CUKAI PERKHIDMATAN 5%.
5. Hisap rokok dikilangkan di Jalan Universiti yang kosnya mungkin cuma RM2 je tapi menjadi RM9 sebab CUKAI.
Kalau ikut perkiraan dalam e-filing, aku dah terlebih bayar dekat seribu. Agak-agaknya, bila la dia orang nak pulangkan balik?
.
8 comments:
Demer pulangkan duit kamu tu dalam mimpi mimpi kamu tu...
Bemimpilah supaya kamu dapat belanja dengan duit duit itu dalam riang dan gembira!!
ye.. terlalu banyak yang diambil dan terlalu sedikit yang dipulangkan.
akak bersalinkan anak pertama di negara orang. hospital tak payah bayar. Anak dapat kupon untuk beli makanan. kita tak yah keluar duit untuk beli makanan anak.
ishh... mana duit kita pergi.
Ashley,
Belanja makan dalam mimpi mana kenyang... TAPI, dia orang mintak akaun bank dalam borang tu. Aku pernah tanya kenapa, dia orang kata kalau terlebih bayar, LHDN akan masukkan terus ke akaun, bukan pakai cek lagi dah... entah ye entah tak!
Kakpah,
Kalau nak kira, semua barang yang kita beli walau sebatang pen pun kita kena bayar tax, sales tax kilang pen tu. Tentulah kilang tu pass the cost to end customers, kan? Yang tax free aku rasa cuma gerai jual nasi lemak bawah payung pagi-pagi tu je la...
Oh, ye. Ada kawan keje kat UK, dia kata anak dia pegi sekolah tak bayar satu sen pun, buku pun free. PIBG diaorang pun siap bagi duit poket kat budak sekolah nak galakkan budak tak ponteng... best nyer...
ni mesti dah dekat due date br buat e-filing nih. hehehe...
kalau depa tak bayar, kamu tok sah bayar la the next2 cukai pendapatan tu... tolak je dr yg terlebih bayar tu... aku buat gitu je...
:)
.
TM,
Ok.
Kalau kena saman, aku pass kat ko... hehehe
kawan aku belajar kat german semuanya free jer..
pensil buku semua free..
itu negara luar tp malaysia tak mcm tu.. malaysia kena buat mcm kerajaan german, sb kita dah terlebih bayar cukai.
tp masih ada orang cakap mana ada yang free kat dunia ni..
aku kesihan kat cikgu cikgu aku, polis,askar, bomba,doktor, nurse, kerani,semua kakitangan kerajaan tu so aku bayarkan income tax, semoga dapatlah sumbangan aku yang tak seberapa ini menampung hidup mereka, supaya lebih lagi kebaktian mereka kepada rakyat dan juga aku.Ini pendapat aku,je.
peace!
hairul,
Betul tu...
Tapiiiiii..... income tax dia orang tinggi melangit! Dah tu, hampri setiap barang yang dibeli ada VAT (value added tax) yang dulu kerajaan war-warkan nak buat tapi ditarik balik... tu sebab dia orang free semua.
Azani,
Memang dia orang dalam sektor perkhidmatan adalah cost center dan bukan profit center macam cabang perkhidmatan yang lain, macam LHDN yang sah-sah profit center. Tapi, Cikgu-cikgu pun kena bayar income tax juga... Tak caya cuba tanya CkLah...
Post a Comment