Sunday, May 10, 2009

Andai kumiliki semalam...

.

Menjelang Hari Ibu ini, aku teringatkan kehangatan pelukan dan kasih sayang ibu. Malam-malam begini, sambil update Kompang:Episod 3, aku layan u-tube lagu-lagu lama tapi masih berbisa. Seharus malam-malam begini dan dengan fikiran yang melayang kepada Ibu, lagu-lagu yang melankolik dan mengusik jiwa aku pilih.

Ya, mengusik jiwa. Dan jiwa aku dah terusik kembali.

Aku luncurkan anak panah aku kepada lagu-lagu yang punyai lirik seolah-olah masih 'bernyawa' kepada aku. Salah satunya, aku letakkan di sini. Jadi aku tak payah nak susah-susah nak buat puisi tentang perasaan aku ketika ini. Cukuplah lirik ini mewakili 80% kebenaran perasaan aku ketika ini.


Sila


Andai kumiliki semalam dan bisa aku ubah menjadi esok,
Takkan kuubah apa pun kerana aku tahu engkau tetap indah,
Tanpa sempadan masa.
Aku bahagia seadanya.

Tangis ini tanda kasihku,
Bukan mengeluh duka yang semalam.
Kerana engkau mengasihiku,
tiada sedu lagi di duniaku ini.

Aku tak dapat bayangkan sengsara yang harus kutanggung
jika kau pilih perpisahan.
Tanpa punca yang meyakinkan, aku akan tersasar mencari cintamu.

Andai terhentinya masa dan gunung jatuh ke laut ,kau tetap kucinta.
Kasih sayangmu adalah kekuatan
untuk menempuh segala dugaan yang tak terbayangkan
oleh insan yang lemah seperti kita.

Sekalipun kumiliki esok, takkan ku menolak ketentuan.

[Search - Andai kumiliki semalam]



.

12 comments:

ASH said...

Andainya aku pergi dulu sebelummu..

ehhh lagu apa lak tu?

Andai dipisah, lauuuuuttt dan pantaiiiiii...( lupa lirik le pulak!)

ishhh..

addyaholix said...

selalu doa aku mati sebelum mak.
selamat hari ibu mak!

ckLah @xiiinam said...

.....barang yang lepas jangan dikenaaannng.....




Selamat Hari Ibu untuk bonda mu dan bonda Paku Payung.....kasihi mereka sentiasa........kerana dengan siraman air kasih anak/suami...roh dan jiwa mereka sentiasa berbunga.....




"Andai kumiliki semalam"
TAK BOLEH! YANG SEMALAM TU AKU PUNYA!!!!!



Hikssss.....

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kah kah kah... punya la oldie... Alleycats!

Addy,
Yang ditinggalkan di dunia akan merasa sedih seumur hidupnya. Sekarang ni kau pilih, kau yang sedih atau mak kau... hahaha, pilihan yang sukar!

Aku selalu juga kata begitu pada isteri aku, kalau aku pergi dulu nanti macam mana nak uruskan hidupnya dan anak aku? Kalau dia pergi dulu, sanggupkah aku menanggung kesedihan akibat berpisah suur hidup aku? Sanggupkah aku???? .....

CkLah,
Terimakasih atas ucapan tu.
Kena main sep-sep la nak undi semalam tu sape yang punya.... HAHAHA

sharamli said...

selamat hari ibu...hu3....

Insyirah said...

hari ni jejalan ke semua blog kengkawan. semua citer pasal Hari Ibu. habis kering air mata saya hari ni.

SHIMI said...

salam bro,
semalam tetap tinggal kenangan.
Hari esok dan seterusnya jadi medan penentuan. Bangkitlah dari sesal semalam, jadikan esok lebih baik dari hari sebelumnya

Nizam.Ariff said...

Sharamli,
Terima kasih. Bila pulak hari bapa ha? Hari ibu, bapa keluar belanja. Hari bapa pun bapa keluarkan belanja juge...

AlamNasyrah,
Hah, nanti mata jadi balik macam mata koala...hahahaha. Kenapa asyik menangis je ni...

Shimi,
Aku cuba... aku cuba...

arsaili said...

salam ,,,selamat hari ibu buat yg masih ada,,,dan al fatihah buat yg telah pergi...moga kita menjadi anak yg soleh

Nizam.Ariff said...

Arsaili,
Salam. Aku ucapkan pada kamu jua...
Jangan lupa, ada hari bapa kejap lagi...

tasekM said...

bukan mudah utk jadi ibu yg sempurna. hmmm....



.

Nizam.Ariff said...

TM,
kamu ibu yang baik. Aku tau...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com