.
Hari ni aku cuti lagi. Sebab pagi tadi masa bangun dari tidur, kepala aku masih pening. Daripada aku jatuh dari kuda api aku kalau pergi kerja, baik aku lepak kat rumah lagi. Walau ada meeting penting, aku rasa keselamatan aku lebih penting.
Dan seperti yang aku rasa, alat magis yang boleh berkata-kata aku tu tak duduk diam, sekejap bergegar, sekejap bergegar. Itu lah, ini lah. Tapi, itu tak apa. Yang aku tak puas hati ialah panggilan yang skripnya lebih kurang begini: ' ini En. @#$^% bin %^$#^& ke? '
Semalam, ada 3 panggilan yang begitu.
1. dari penjual pakej penjagaan kesihatan bertempat di SMC.
2. dari Celcom meminta aku 'murtad' dari Maxis.
3. dari penjual pakej makanan dari Bangsar.
Hari ni ada dua lagi.
1. dari penjual pakej percutian yg menggunakan nama palace of the golden horses. Entah berapa kali dah dia orang panggil aku, sejak dua tahun lepas lagi. Jadi, bila dia guna skrip yg sama (tanya nama aku betul ke tak), aku terus pancung, 'lu mau apa lagi ni?' Cepat-cepat dia tanya balik, ' pernah dapat call dari tempat sama?' Aku cakap 'ya dan gua nak nama gua dikeluarkan dari senarai telemarketing lu '. Dia terus letak telefon.
2. dari awek bank UOB. Dia guna skrip perkenalan yang sama. Aku dah panas hati. Aku tak kasi chance, aku terus pancung kata-kata dia;
@- ' you all dapat nombor I ni dari mana hah? you all selongkar bakul sampah I ke?'
#- ' Saya dapat dari marketing department, encik. Saya tak tau pulak dia dapat dari mana '
@- ' I syak ada orang kaut bil-bil lama I dari dalam tong sampah, lepas tu jual kat telemarketers 20 sen satu nombor. Atau mungkin Maxis atau Celcom yang jual sendiri maklumat tu '
#- ' kadang-kadang dalam agreement ada clause meminta kebenaran untuk menggunakan maklumat. Kalau kita tak baca betul-betul dan tak cancel, dia orang boleh gunakan maklumat itu untuk tujuan telemarketing, encik '
@- ' mungkin juga. Anyway, minta maaf la, I tak minat nak buat personal loan. Dalam situasi ekonomi yang suram macam ni, I intend to reduce my financial exposure, harap you faham '
#- ' it's ok. Have a nice day, encik. Bye '
@- ' you too...bye'
(kalau Mama baca I-you-I-you, mau jeles nih.. hehehe)
Petang baru aku tenteram. Tapi, sunyi sangat pulak. Nasib baik sms TM jadi peneman. Esok aku nak kerja lah...
.
17 comments:
bila tak kerja, org jantan pun buleh meroyan..ha ha ha
Nizam,
aku suka suami aku pergi bekerja..!
kalau tidak....haiiiii..
.
.
.
smile
cikgooden,
meroyan tu macamana gayanya ek?
depa silap orang, nasib tak kena thermo nuke, he he he.
cilakak asyik sama dengan kau bang. jangan kata ada jodoh. cilakak kali kedua. haha!
siang tadi awek dari syarikat pelancongan apa jadah entah call dan promote suruh daftar dan buat card debit entah apa supaya senang pergi melancong. aku terus matikan talian. dia tak tahu ke kalau aku nak pergi melancong semua free? haha!
note:aku kerja bidang sama. aku syak kawan-kawan jugak jual nombor aku. cis sungguh!
bukannya engkau tak gi keje engkau tido je ke..
aku kalau dapat telefon macam ni, terus kata tak minat..tak minat. Kilk. Habis cerita.
selalu I dpt call mcm ni, belum sempat org tu nak explain panjang lebar...I dah matikan talian. eeee...tak kuasa la I nak layan. banyak lagi keje I tau!
itu kalau telemarketing. kalau yg marketing tarik² org kat depan booth...belum sempat org tu nak mukadimah, I blah gitu je. buat muka innocent. huhuhu...
Cikgooden,
Oh... ye ke... aku meroyan la semalam tu kut. Kesunyian boleh sebabkan meroyan.
Ashley,
Suruh laki pegi keje sebab nak bergayut kat internet, kan???... hahaha...
Azani,
Thermo nuke lambat. Kasi santau ikut tepon je... hahaha
Addy,
Aku percaya dengan jodoh! hahaha
Kakpah,
Tak biasa tido tengah hari... tak biasa tido sorang-sorang dalam rumah...
AlamNasyrah,
Aku tak sampai hati buat macam tu lagi. Aku akan senyum dan cakap 'sorry, not interested' sebab aku tau dia orang cuma buat keje je... tapi, kalau pompuan nak cakap, aku luangkan lebih masa sikit... hehehe
Nizam, sejak kecik lagi I dah terlebih ajar. dah tak bleh nak buat apa.. ;p
Amboi...pantang saja kalau pompuan ye. kalau time tu kebetulan mama jalan sekali dgn awk camne? kang tak pasal² mama jadi incredible hulk kat situ. muahaha.. ;p
AlamNasyrah,
Hahahaa... shhh... mama dengar tu.. hahaha
agen pelancongan ni selalunya anak dara. kalau dia telefon aku, mmg aku tak layan, tapi kalau darling yang angkat, dia baek punya layan.... tapi haram tak setuju apa2 pun. nasib baik aku bukan pesen nk jeles tak tentu hala. ha ha.
errr.... kalau agen tu lelaki suara sedap2 tu harus aku layan jugak tu... hahahaha...!
.
disebabkan nombor phone saya byk angka 8, maka
banyaklah panggilan panggilan sesat bertanyakan Ah Kim, Kim Hoy, Danny dll.
haih.
TM,
Eh, ko pun gatal gak ye... hahaha
Alina,
Nombor 8 manyak ong! Apa nombor tu? hehehe.
Dah ada cerita rengkas tentang you rupa-rupanya yek... selalu sangat kena usik dgn bro naga kebelakangan ni... hehehe.
kah kah kah!entri best.
selamat tengah hari1 :)
Pyanhabib,
Selamat petang untuk lu, bro.
Spende hitam tu menawan, bro.. hahaha
Tambah satu lagi bro. Aku kena call dari Astro. Ntah panggilan kali ke berapa. Mula2 tanya nama aku, then suh aku pakai Astro. Aku ckp klau takde tv camne? dia suh aku beli tv plak. Ceh. PirAHHH.hehe
Alang,
Hah, jap lagi ada le org jual tv call lu pulak...,
pastu org ual arial tv pulak call... hahaha
Post a Comment