.
Batara Mimpi memuput asap pada dupa sakti. Semerbak bau kemenyan hitam bergentayangan pada lelangit. Terkumat-kamit sang Batara Mimpi menyeru lelangit malam. Membujuk rayu agar lembut hatinya. Lembut sedikit sahaja.
Tuan Sinister tersengguk-sengguk. Seminggu sudah matanya tidak mahu layu-layu. Seminggu juga tilam nafsu Tuan Sinister merasai resahnya. Terbentang kosong tanpa hangat malam.
'Mana mimpi aku?'
Batara Mimpi menggenggam seberkas mayang benci lalu hempaskannya ke lantai dengki. Dentumannya mengejutkan Juliet yang terpicing matanya. Juliet yang tidur di bilik sebelah. Hadiah dari Tuan Sinister. Juliet menggeliat manja. Juliet memang manja dan suka dibelai.
'Mana mimpi aku?'
Batara Mimpi menarik nafas sedalam-dalamnya. Maaf, Bimasakti enggan meminjamkan mimpinya malam itu. Juga malam-malam seterusnya.
Tuan Sinister mendengus marah. Jadual hariannya kini perlu diubah. Sebelum melangkah turun, Tuan Sinister pergi ambil seekor kucing di bilik sebelah.
Batara Mimpi tersenyum sambil matanya melihat ke luar tingkap, melihat lelangit malam. Ambillah semula hadiahmu. Aku tak mahu. Lelangit malam akan berikan mimpimu kepadaku. Mimpi kamu kini milik aku.
.
11 comments:
oh , kisah bendera Nipon naik,ala seminggu je,lepas tu boleh mimpi indah indah belaka.
Azani,
Bukan, hahahaha...
dia terlebih dos air daun ketum kot....
Tak tercapai mimpinya....
Nak tergelak besar baca komen abang azani. Adehh...adehh.. Macam-macam la korang ni.
Dah berapa gelen air ketum bro minum hari tu? Asyik duk cakap pasal mimpi je ni.
nak mimpi mende lagi juliet dah ada kat sebelah...?
:p
.
CkLah,
Mungkin kurang dos kut, tu sebab mimpi tak sampai-sampai.
Insyirah,
Tekaan Azani meleset. Dan tak de kena mengena dgn air ketum, sebenarnya... hahaha
TM,
Juliet tu kucing! Mana boleh... hahaha
kau dah register ke belum. kelas dah mula ke. haha.. mesti keje kau melambak buat kau meroyan camni keh..keh..
salam...
kakpah,
Hah! Betul tu...
Aku dah kekurangan mimpi. Aku dah sakit kepala. Ada 2 training aku attend dan beberapa homework yang belum selesai. Sabtu ni dah mula kelas pulak, dah tambah homework lagi. Belum lagi 10 hari keje tertangguh. Ntah apa jadi kat opis aku pun tak tau... adeh adeh.. mana mimpi? mana mimpi aku???
Kulna Ladyinred,
Salam.
Welcome to my humble blog.
Nizam:tumpang lalu,Insyirah,itu perkara serious tu,bukan main main,kalau tak takkan tempurung kelapa dan gandeng getah jadi teman.psst , kalau nak tahu,tanya kak TM, ya Insyirah...
Azani,
Aku tumpang ketawa.. hahaha
Dan aku seconded kamu punye statement.
Post a Comment