Monday, September 21, 2009

Ole2 kampung: Mistik sang perindu

.


Sesekali bila pulang ke kampung, aku akan pusing keliling kawasan rumah abang aku ( bersebelahan dengan rumah asal ayah-bonda). Pada kali ini, aku rasa tema hari raya abang aku ialah 'buluh'!.


Di sekeliling rumah barunya ditanam dengan buluh-buluh pelbagai jenis, kebanyakkannya baru dicacakkan ke tanah. Buluh kuning yang besar (ada 5-6 batang), buluh rebung jenis besar (1 batang), buluh kuning rimbun kecil (satu rumpun) yang dikatakan kalau ditanam di halaman rumah boleh menawarkan pukau, dan satu lagi yang teristimewa....


Buluh perindu.





Dia kata, ada 'Pak Haji' yang berikan kepadanya. Batang buluhnya kecil sahaja, sebesar pangkal lidi kelapa. Dikatakan olehnya, biasanya apabila batang buluh perindu yang tegak itu matang, ia akan terbelah dua. Air embun akan terkumpul di celah belahan itu, sedikit sahaja, ye lah, buluh itu pun bukannya besar sangat.



Untuk memerdukan suara (bak buluh perindu), air embun yang tertakung di celah belahan buluh perindu tadi diminum.


Kalau nak terbelah pun, pada batang yang ditunjuk, batang yang lain ruasnya kecil



Walla!... suara anda yang seperti itik serati atai bunyi LRT akan automatik menjadi lunak merdu....


Amacam?





.

13 comments:

ibundo said...

cakap ngan abang ko, aku nak oder satu pasu.

Selamat hari raya.

Nizam.Ariff said...

ada satu pasu jew pon..

ASH said...

Nizam,
boleh caya ke tu??
he he he..
kalau dah lahir suara macam itik serati...sampai ke tua lerrr..
.
.
.
mistik ke?

Pyanhabib said...

dah raya dah!
selamat hari raya!
selamat hari raya!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku tunggu le kalau-kalau abang aku masuk AF10 nanti, mana tau kalah lak Jumal Abdulleh.. hehehe
Kalau sah, maka buluh perindu tu betul le..


Pyanhabib,
Salam Aidilfitri, bro.
Tapi dah raya ke 4 la bro, ni mesti ucapan cara Haji ni... hehehe

ibundo said...

nizam, ko bagi alamat rumah ko. Ele.. bukan aku nak datang. Aku nak hantar kad lah.

hantar kat email aku ni: teepahanim@yahoo.com

aza ni said...

korang tak caya...tanya kakpah suara aku merdu ke tak....?dia dah dengar suara ku di talipon dulu...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Dah anto...
Jangan ajak sebab nak suruh aku semelih lembu hatta ayam, aku kesian nak semelih. Sifat perikemanusiaan aku memang tebal bab-bab semelih-semelih nie...

Azani,
Ko telan berapa liter air embun buluh perindu tu? Hahaha

Aku btengah tunggu Tasek Merah ni... dia kata suara dia macam LRT. Tapi, dia seminggu kat Perak.. mana ada internet kat sana...

aza ni said...

taek seminggu kat perak?cakap kat dia bila jumpa.....bukak kedai cepat...custommer lari nanti...ye ke suara dia macam LRT...aku dengar macam suara Scania V24 je...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Scania???
Laaaagiii teruk tu.. HAHAHAHA

secangkir madu merah said...

aku pon nak cubalah..
mana tau boleh masuk AF10 nanti..

ckLah @xiiinam said...

Benih Pokok Ketum tak bawak?

Nizam.Ariff said...

SMM,
Kena cari dalam hutan la kak.. hehehe


Cklah,
Kena tut dulu, baru boleh tanam.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com