Sunday, April 11, 2010

Jangan kasi aku fikir dua kali... ini jeritan si kecil dalam dada

.

HUarghh!!!!!



Aku bercuti dari belajar secara formal untuk 3 bulan nih. Oleh kerana dah terbiasa setiap Sabtu dan Ahad penuh dengan aktiviti berdengkur dan mengeram telur dalam bilik sejuk, Sabtu dan Ahad depan aku dah semacam mati akal, tak tau nak buat apa. Juga Sabtu dan Ahad depan-depannya, juga depan-depannya sehingga 3 bulan lamanya. Lamanyaaa....!


1. Inilah masanya aku balik kampung: satu ke utara dan satu ke selatan.


2. Aku nak pergi pasar tani hari Ahad di Stadium S.Alam. Kena pergi pagi-pagi buta sebelum burung ciak hilang dengkur, sebelum daun pokok hujan-hujan mula kembang, sebelum payung-payung warna-warni mula kembang. Sebabnya, kalau setakat pukul 9 am baru sampai, peluh mesti berjurai-juari. Tak payah pergi Kyoto atau Barcelona untuk nak tau tentang Greenhouse. Datanglah ke pasar tani itu dalam pukul 9 am dan pasti kamu tahu apa kesan Greenhouse: akibat payung-payung yang tak berselang seli, ibarat kalaulah sepandai-pandai tupai yang melompat, pasti tak cecah ke tanah punya.


3. Dah lama aku tak memancing. Ya, pancing aku dan segala perkakasannya sentiasa ada pada Along. Tak pernah aku keluarkan. Memang lama. Aku rasa, tali tangsinya pun dah reput. Kalau ikan bilis goreng tersangkut pun boleh putus punya.


4. Bersukan pagi-pagi dengan Mama, sambil ketawa-ketawa. Ya, kami berpeluh kerana ketawa, bukan kerana bergerak sana-sini. Kami selalu main badminton tetapi kalau setakat pejam mata pun mesti boleh kena bulu tangkis tu, sebab kami memang malas nak gerak. Aku kena pastikan setiap kali bulu tangkis tu jatuh berhampiran Mama. Cuma Mama sahaja yang pukul berterabur, tangan tak berbedung kut. Jenuh aku terkangkang nak capai, namun seperti biasa, aku cuba untuk tidak bergerak jauh.


5. Dah lama juga aku tak menjalankan aktiviti 'mengeteh' dengan kawan-kawan lama. Dah lama kami tak bentangkan dan berdebat tentang isu-isu dunia. Mengeteh dalam 3-4 gelas seorang, sampai kantung kencing penuh baru nak balik. Itu sebab tak sampai hati nak kencing di tandas kedai mamak tu sebab pasti terbau segala jenis teh dan kopi: teh arab, kopi janda baik punya, kopi tok ali jinnah, kopi kerbau, kopi ekor tupai..


6. Dan banyaaakkkk lagi.



Hmm... banyak aktiviti yang aku terlepas rupa-rupanya. Aku terlepas pandang dunia buat sementara waktu. Bila aku tersedar, dunia dah meninggalkan aku berberapa marhalah lagi...


Membuatkan aku terfikir, perlukah aku tertinggal lagi kerana menghabiskan masa di bilik sejuk sambil berdengkur dan mengeram telur yang tak menetas tu?


Aku dah mula fikir dua kali ni...





.

10 comments:

aza ni said...

salam nizam
aku pun dah boleh jamak dan qasar dah ni sebab lebih 2 marhalah ngejar blog kau ni....

lama juga tak bersantai di blog ni...
aku cuba kejar , tak terkejar.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku pun sama gak. Tapi tu la, dulu kita sama-sama banyak waktu senggang, sekarang dah banyak aktiviti.. sebahagiannya adalah doa kita juga kan?

ASH said...

Mengeram?!!!
tsk tsk tsk tsk..
lamanyaaaaaaa...

Dino ki siro mangan opo?...

eh betui ke aku cakap nih?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kulo mangan nasik 'arab... hahaha
Mengeram kak, betul. Sebab aku lelaki.. HAHAHAA

ibundo said...

jangan mati akal. Banyak benda ko belum buat. Cuba ko pikir2.....

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Wah, ni kena fikir kali ke 3 nih... jap aku fikir.. hehehe

Anonymous said...

Paman..

kalo tak tahu watpe...ni nephew nak kasi tau...attachkan la lagu sikit kat blog ni..bila baca ade lagu baru ngancam gitu..

Nizam.Ariff said...

nephew aku,
dulu aku dah lekat lagu baeek punya, tapi kawan2 kata bising macam cengkerik putus kasih je bunyi lagu tu.. tu yang tanggal balik... hehehe

ASH said...

Nizam, dah ko bubuh lagu rock kapak tah haper haper..sakit telinga!!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
rock kapak la pemberi rentak semangat.. hahahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com