Saturday, April 3, 2010

Kali ini, tiada yang mengekori aku...

.


Hari itu mendung. Gelap. Tak ada bayang-bayang yang mengekori aku seperti selalu-selalu. Tapi wap dari aspal yang suam di renjis air awan membuat kan aku seperti berjalan di satu sauna yang luas.


Buat pertama kalinya, aku berjalan tanpa ada yang mengekori aku. Keseorangan dalam sauna luas.



Dan aku terjaga, air peluh mengalir dari dahi dan leher. Aku tepuk bantal. Ada percikan air peluh menerpa muka. Sungguh panas malam itu. Malam tanpa bayang-bayang.





.

2 comments:

Anonymous said...

Fatamorgana?

Dah malam,gelap..mana cari bayang. Cuba cari lampu, sah ada bayang.

Kenapa bayang kena hitam ye? Tak bulih ke warna coklat,jingga, biru tua ke hape.

(sila terangkan dgn kaedah saintifik muhahahahahaha!)

Kak Lily

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Gelap tanpa bayang. Itu sebab kadang-kadang kita suka kegelapan supaya tiada yang ekori kita.. hahaha

Scientifically, bayang2 boleh coklat, jingga atau kelabu. Oleh kerana definisi bayang2 secara sains lain sikit, jadi ia bergantung kepada 2 perkara: cahaya jenis/bagaimana/apa yang di pancarkan dan bagaimana pacaindera kita cerap. Bayang2 adalah satu kawasan yang terllindung dari cahaya. Contohnya, kalau kawasan tanpa cahaya tu backgroundnya warna-warni, maka warna warnilah imej pada bayang2 tu.

Tetapi, dalam kes ini, bayang2 lebih kepada bentuk kegelapan.

Pendapat secara seni/halus pula, dalam gelap masih ada bayang2 tapi oleh kerana sama, kita gagal membezakannya. Dikelabui oleh latar belakang yang sama. Bayang2 dalam hati misalnya. Selagi kita masih dalam kegelapan, amat sukar untuk kita mencari bayang2 kita sendiri. Sehinggalah kita keluar dari kegelapan dan masuk ke relung cahaya, maka kita boleh lihat bayang2 kita, bagaimana rupa bentuknya: cantik atau buruk. Kadang2, kita takut untuk lihat bayang2 kita sendiri...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com