Tuesday, April 6, 2010

Outstation... Day One went pretty well

.


Malam tadi, Paku Payung minta izin tidur sama-sama dengan aku. Dia angkut sekali sebuah jam loceng digital dan sebuah jam percuma dari restoran makanan segera yang asyik berkokok setiap satu jam. Mula-mula dia letakkan atas tilam sebelah bantal. Oleh kerana setiap jam ia berkokok, dia selit bawah sejadah supaya tak bising sangat. Kalau tak, aku sembelih 'ayam' tu. Aku dah cakap awal-awal lagi.


Cukup? Tak pasti...


Aku letakkan handphone aku di sebelah bantal aku dan aku set untuk berdering jam 6.00am. Sebelum itu, azan subuh dari corong pembesar suara sepatutnya cukup untuk menggegarkan dedaun tingkap rumah aku.


Cukup? Tak pasti...


Sebelum lelapkan mata, aku telefon Mama. Aku tinggalkan pesan supaya telefon aku pagi-pagi esok.




Seperti dijanjikan, Mama telefon aku sebelum pukul 6, sebelum jam-jam semua tu berdering. Tetapi selepas azan subuh yang sayup-sayup meniti ke gegendang telinga.


Masih berbaring, aku kejutkan Paku Payung dengan kaki aku. Aku tujah-tujah kaki dia suruh bangun. Lepas tu senyap seketika. Aku senyap, dia pun senyap. Kemudian aku terasa kaki aku pulak kena tujah. Dia pula tujah kaki aku suruh bangun. Akhirnya, aku kejapkan hati aku. Aku bangun dan aku tegakkan badan dia.


Kedua-dua kami duduk pada birai katil. Aku tengok Paku Payung duduk tapi mata masih terpejam. Tersengguk-sengguk. Terhoyong-hayang, macam Penguin mabuk todi. Kejap senget ke kiri, kejap senget ke depan.



Selang beberapa minit, satu persatu jam-jam itu berdering. Dah macam fun fair dengan badut-badut memegang loceng-loceng. Sungguh meriah awal pagi itu. Aku rasa, jiran-jiran pun turut terjaga.



Ahhh! 2 days to go...



Mama, bila nak balik ni?
Rindu ni...




.

5 comments:

SHIMI said...

salam bro.
apabila yang selalu ada dan biasa didepan mata kita tiada, baru kita terasa ketiadaannya dan keluarbiasaannya.

moga tabah menempuh 2 hari lagi

SHIMI said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

Shimi,
Itu la bro, tapi kan tak nak lah kena sesuatu baru rasa keperluannya...

kucingorengemok said...

funfair + badut= kih kih kih

terbayang badut 2 beranak tersenggut tepi katil ;)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Macam Badut pakai kostum Penguin mabuk.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com