Sunday, May 2, 2010

Aku dihukum rotan 100 kali... apa salah aku?

.

Rumah papan itu besar, cukup besar untuk menempatkan berpuluh-puluh orang di dalam bilik-biliknya yang juga berpuluh-puluh. Seperti motel dua tingkat. Namun di tengah-tengahnya terdapat satu ruang kosong yang besar. Ruang makan tanpa kerusi-meja. Kosong.


Semua yang ada di situ, termasuk aku, bukan penghunitetap di situ. Kami semua adalah tetamu untuk satu majlis yang berunsur keagamaan. Ada lebai, ada haji, ada juga orang biasa seperti aku. Ada makcik-makcik, ada pakcik-pakcik dan teruna-dara. Sekeliling rumah besar itu seperti sebuah taman dengan sungai kecil dan padang yang berpasir putih. Ada pokok-pokok bunga, pokok-pokok kelapa gading dan buah-buahan.


Kami baru lepas menghadiri satu ceramah yang agak panjang yang diadakan di padang berpasir itu. Walau matahari tegak di atas ubun-ubun kepala namun bahangnya tidak terasa. Ceramah demi ceramah, jikalau pun aku tak berada di jamaah yang berkumpul itu, aku tetap mendengarnya di mana-mana sahaja kerana corong-corong suara berada di setiap sudut.


Kebanyakkan ceramah berkaitan soal dosa pahala, syurga neraka, syarie dan taubat. Aku tak duduk setempat. Aku mundar-mandir sambil rasa pelik kenapa aku berada di situ. Aku pergi dari satu penjuru ke penjuru. Ceramah terakhir adalah tentang hukuman sebat dan demonstrasi bagaimana ia dilakukan dengan betul. Kemudian ceramah dihentikan sementara. Akan bersambung malam nanti.


Aku balik ke bilik dan mandi. Selesai mandi aku berpakaian semula dan turun di tengah-tengah padang berpasir itu. Aku pergi ke sebatang tiang pendek yang condong, yakni tempat demonstrasi hukuman sebat itu tadi. Masih ada beberapa orang di situ. Salah seorangnya masih memegang rotan.


Aku minta penjelasan tentang hukuman sebat itu. Dia pun terangkan dengan panjang lebar. Kemudian, aku peluk batang tiang itu. Lalu aku minta dia sebat aku. Dia hairan kerana semasa demonstrasi tadi hanya guni berisi kedap padi di gunakan, bukan manusia hidup seperti aku.


Aku desak dia untuk rotan aku. Aku kata, aku nak rasa bagaimana rasanya dirotan. Dia akur. Dia angkat rotan lalu melibaskan pada belakang aku. Tapi aku hampir tidak rasa apa-apa. Aku hairan. Aku toleh kepadanya.


Dia kata, dia hanya sekadar meletakkan sahaja rotan itu pada belakang aku, sekadar untuk rasa rotan itu.


Aku berfikir sejenak. Kemudian, aku pandang kepada dua-tiga 'lebai' di sekeliling aku. Aku toleh kepada lelaki yang memegang rotan itu. Aku tarik nafas agak dalam. Aku pandang tepat pada matanya. Aku minta dia rotan aku 100 kali...



Dia terkejut. Dua-tiga 'lebai' di sekeliling aku turut tersentak. Dia melopong kehairanan. Tapi aku tetap minta dia rotan aku 100 kali. Dia menggelengkan kepala. Tapi aku berkeras minta di rotan 100 kali.


Aku tak tahu kenapa tetapi jauh dalam lubuk hati aku terasa seperti mahu dirotan 100 kali. Dia akur akhirnya. Dia berundur beberapa tapak. Dia angkat rotan itu separas bahunya...


Ketika itu, fikiran aku berserabut. Aku cuba mencari-cari kenapa aku mahu dirotan. Aku cuba ingat semula kejadian-kejadian yang lalu. Aku tak pasti apa yang telah aku lakukan tetapi hati aku masih mahu aku dirotan. Aku peluk tiang kayu itu kuat-kuat... sambil menunggu rembatan rotan memamah daging belakang badan aku.... aku tunggu dan tunggu. Terasa masa bergerak terlalu perlahan... dan aku masih menunggu....




Aku masih tak tahu kenapa aku mahu dirotan 100 kali. Walau setelah terjaga dari tidur, aku masih cuba mencari sebab musababnya...


Hmm.... mungkinkah kerana itu...? Mungkin...





.

8 comments:

ASH said...

aaaaaaaaaaaaahakssss!!!!!!

ckLah @xiiinam said...

Takkan dirotan kerana minum air kacip Halimah?





:)

Nizam.Ariff said...

Ashley,
wuih.. kuatnya bunyi! Hahaha...

CkLah,
Err... air daun ketum kut... hahaha

tasekM said...

ni bukan mungkin2 lagi dah ni bang. mmg kompom! tettttttt...

ko mmg patut kena 100 rotan. ko jahat. aku tak kena la. aku baek. eh?

double tettttttt...

wakakaka...





ok. ok. aku balik sekarang~

;p


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Weh.. ko bila nak tobat makan panadol? hahahaa

tasekM said...

panadol aku dh lama tobat. aku la ni makan kismis doa je tau...

hahaha...

:p



.

aza ni said...

salam nizam
apa kata kau try jejak kartika , mana tahu cuma buat servus kat jab kebajikan...

Nizam.Ariff said...

TM,
Kismis doa.. ooo... betl tobat dah tu...

Azani,
tak de rotan tak bes... tak stim la.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com