Pada mata masyarakat marhain, cadangan penggabungan PROTON dan PERODUA adalah satu langkah rasionalisasi automotif yang wajar. Mungkin ada benarnya, kalau dilihat hanya dari segi lebihan kapasiti dan kemampuan masing-masing yang seolah-olah saling lengkap melengkapi, seperti kunci pendua, seperti kacip dan pinang.
PROTON yang dilihat seolah-olah mempunyai kelebihan dari segi teknologi automotif dan sumber kewangan TETAPI dilihat lemah dari segi pemasaran, jualan dan aktiviti lepas jualan; tak lupa juga dari segi kawalan kos. Manakala, PERODUA dilihat mempunyai kelebihan dari segi kawalan kualiti, kos, pemasaran, jualan dan aktiviti lepas jualan; TETAPI agak lemah dari segi teknologi produk dan kebebasan untuk menerokai kepelbagaian model.
Kalau dilihat sekali imbas, penggabungan PROTON dan PERODUA seolah-olah sesuatu yang saling lengkap-melengkapi. Memang, nampaknya begitu.
Tapi, bagi aku, penggabungan kedua-duanya sama seperti ura-ura untuk menyatukan PAS dan UMNO: sepatutnya boleh berlaku TETAPI amat payah untuk berlaku.
Kedua-duanya bermotifkan politik (walau berlainan cara dan tujuan) dan rata-rata adalah dari kelompok MELAYU. Dan yang pasti, kedua-duanya mahukan yang terbaik untuk sekalian rakyat MELAYU dan Malaysia keseluruhannya. Jadi, kenapa payah nak berlaku?

Mungkin ada yang kata, penggabungan politik lebih sukar daripada perniagaan kerana yang menolak penggabungan adalah MANUSIA, mereka-mereka yang berkepentingan (stakeholders). Mungkin ada benarnya.
Tetapi, dalam perniagaan juga ada objektif dan strategi tertentu. Dalam perniagaan juga ada stakeholders.
(komentar terus bersambung)
.
No comments:
Post a Comment