Monday, August 23, 2010

Satu malam itu, ada sesuatu mengekori aku dari belakang...

.

Pada satu malam pada minggu lepas, aku baru pulang dari membuang sampah. Di koridor itu, angin malam bertiup agak kencang. Nyaman. Tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena.


Ketika aku buka pintu jeriji itu, aku rasa seolah-olah ada sesuatu yang mengekori aku. Dua tiga kali juga aku menoleh ke kiri dan kanan. Tiada apa-apa. Kosong. Perasaan aku, mungkin.


Aku masuk ke dalam rumah dan aku rapatkan pintu jeriji besi itu. Kemudian, aku tercegat di situ. Seolah-olah menantikan dia datang. Ya, tiba-tiba aku teringatkan dia. Aku berdiri beberapa ketika. Angin malam menghembus ganas ke dada dan muka aku. Sejuk. Nyaman.


Kemudian, aku duduk di pintu sambil menikmati angin malam. Aku biarkan fikiran aku melayang dan membayangkan dia bermain, berlari-lari anak dan melompat melalui pintu jeriji itu. Aku bayangkan. Sehingga seolah-olah ianya berlaku. Oh, tiba-tiba hati aku sayu. Agak lama aku menanti tapi tak juga datang-datang, aku tutup pintu itu tapi aku masih tercegat untuk beberapa ketika, berharap mendengar suaranya memanggil minta dibukakan pintu. Sunyi. Tiada.



Jagad...masih terpahat dalam kenangan



Selang dua-tiga hari kemudian, Mama beritahu aku yanag Jagad telah hilang dari rumah penjaganya. Dah seminggu lebih tak jumpa.


Dan aku katakan kepada Mama, Jagad mungkin telah tiada lagi...





.

5 comments:

tasekM said...

jahat. buat aku rasa sedih je memalam nih... dah la si kembang aku pun hilang masa aku tinggalkan dia balik t intan tu hari...

:(



.

aza ni said...

salam zam
kuat pancaindera keenam kau tu..
mungkin dia pi cari jalan pulang kot...

kucingorengemok said...

kalau dapat gf baru dia orang memang tak suka balik, tau² kang muncul je... (penuh harapan)

sue said...

baru tadi pengasuh iman tanya pasal jagad kat kami...mungkin tuan dia pun tegerak hati teringat jagad...moga2 dia slamat..dah blik kerumah semula....

Nizam.Ariff said...

TM,
Maaf kalau ko pun turut terasa kehilangan...

Azani,
Kalau dia cari jalan pulang, memang cari nahas la sebab penjaganya jauh dari kami...

KOG,
Harap2 dia merantau mencari kekasih...

Sue,
Ooo.. tuan dia pun terasa ek? Aku rasa memang Jagad dah tak ada la kut.

Note: kepada sesiapa yg konpius tentang sapa tuan sebenar Jagad, ini ceritanya:
Jagad di lahirkan dari sepasang kucing kepunyaan penjaga anak si Sue. Sue tempah Jagad dari dalam perut ibunya lagi. Bila Jagad lahir, Sue mengandung jadi tak boleh bela Jagad yang berumur 2 bulan masa tu. Jadi, Sue perkenalkan Jagad kepada kami. Mama teruja nak bela. Lalu Mama beri nama 'Jagad' kerana kenakalannya yang suka gigit tangan. Lalu kami membelanya sehinggalah umur Jagad lebih setahun. Oleh kerana Jagad dah mula biang, kami faham naluri jantannya. Dengan berat hati, kami terpaksa serahkan Jagad bulan Feb lalu kepada seorang kawan Mama yang juga membela banyak kucing. dan kami harap Jagad berbahagia di sana dengan beberapa ekor kucing betina yang cantik dan gebu.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com