Thursday, September 9, 2010

Raya 2010... satu perjalanan epik yang penuh dengan cemas dan lelah

.

Muqadimah:

Aku beraya tahun 2010 ini di rumah Mak Mertua di Melaka. Hari Raya ke-3, kalau ikut rancangan awal, akan ikut rombongan anak sedara aku meminang anak dara Muar. Elok sangatlah tu, aku terus dari Melaka. Raya ke-4 baru balik ke Perak.

Isikandung:

Awal malam semalam, kami dah siap-siapkan kain baju, dah siap ikat bonjot dengan batang ubi untuk dikandar balik kampung. Ayam itik telah diberi extra padi untuk bekalan.

Lewat tengah malam, kami dah siap-siapkan rumah yang bakal ditinggalkan, kami keringkan air dalam geluk, kami dah simpan air dari perigi, kami dah tutup tempayan, almari lauk juga telah dikosongkan, ikan pekasam dan ikan kering kami simpan elok-elok.

Menjelang dinihari hari ini, aku masih terkebil-kebil tak dapat tidur, mungkin memikirkan lorong mana aku nak tempuh: ikut denai rotan dan pokok putat atau memanjat bukit menuruni lurah buluh betong. Atau mungkin aku akan menghilir ikut anak air.

Bila ayam jantan mula berkokok sekali, aku bingkas bangun. Aku tak dapat lelapkan mata. Aku lihat Mama dan Ariff nyenyak diulit selimut mimpi. Aku putuskan untuk ke dapur. Aku masak nasi, aku buat telur masak kicap kegemaran Ariff, aku goreng semula ayam kay-hep-si lebihan berbuka semalamnya. Aku kukus semula burger kepunyaan Mama yang dia kata akan makan untuk bersahur. Bila ayam jantan berkokok kali ke-2, aku pun siap. Tetapi jam ladung zaman penjajah Jepun masih menunjukkan pukul 4.30am, dan aku masih belum diserang kantuk!

Aku cuba lelapkan juga. Dan aku terjaga pukul 5.20am setelah dikejutkan Mama yang terkocoh-kocoh ke dapur kerana dia terlupa untuk memasak dek sibuk dan penat menyusun kain baju dan menyiapkan rumah. Aku tersenyum bila lihat Mama panik, tetapi sebentar sahaja. ".. oh...dah siap masak, bila?.." tanyanya. Aku cakap, kita masak bersama-sama dalam mimpi, tak ingat? hahaha...


Usai solat subuh, kami bersiap-siap untuk bergerak pulang. Aku kejutkan kuda kami. Tepat jam 7am, kami bergerak menuruni bukit menuju ke Selatan melalui denai yang masih berkabus dan berembun dipucuk-pucuk ketapang. Dan kami sampai ke tempat yang dituju pada pukul 9am.


Penutup:

Aku tolong apa yang patut di rumah Mak Mertua walau aku disuruh sambung tidur. Aku masih belum mengantuk.





.

3 comments:

tasekM said...

sama la kita bang. aku smlm pukul 4 baru nk lelap mata. pukul 5 bangun balik la utk sahur. tapi petang tadi aku dah bantai tidur dan sekarang ni dah dekat pukul 2 haram tak mengantuk pun. haih..



.

aza ni said...

salam zam
cekal mata tu...boleh join gang sunggah sahur...

Nizam.Ariff said...

TM,
Ada ubat untuk kasi mengantuk sebenarnya... hahaha

Azani,
tercekal sebab minum banyak sangat caffein kut..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com