Sunday, October 10, 2010

Di situ, aku pesan roti canai yang ke-47...

.

Hujung minggu aku akhir-akhir ini banyak aku habiskan di kampung. Termasuk hujung minggu baru-baru ini.


Di pekan kecil ala-ala koboi itu, kami singgah untuk mengalas perut bagi mengharungi malam yang dingin dan terasing. Terasing sebab jiran yang terdekat sebenarnya sejauh lebih dari 200m. Kalau setakat jerit ala-ala manja-manja begitu, jangan harap ada orang nak dengar. Hatta dikejar langsuir sekali pun, pandai-pandailah lari ikut celah-celah mana yang boleh. Berdikari.


Kami singgah di Restoran Ajmal, sebuah restoran mamak di pekan Langkap. Kami singgah di situ kerana ada kain rentang ini:


Hanya di Langkap



Semasa mamak itu ambik pesanan dari kami, aku sempat tanya, betul ada 50 jenis roti canai? Dia kata, bos yang tulis. Mana ada sampai 50 jenis.


Nasib baik dia jujur, kerana dalam kepala aku, aku nak pesan roti canai yang ke-47... serius!




.

7 comments:

ckLah @xiiinam said...

47 X 80 sen=RM37.60



:)


Jauh tak dari sekolah Dato' Sagor tu. Seminggu lagi ckLah ada taklimat kat sana...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Dato' Sagor tu dekat Langkap kan?
Restoran ni dalam pekan Langkap. Tepi jalan utama.

tasekM said...

kain rentang tu kan berlipat? yg ko nampak 'roti canai 50 jenis'. aku syak yg belah bawah tu dia tulis..

'acah mak labu'

hahaha...


aku lalu-lalang balik langkap tu haram tak pernah perasan restoran nih..


.

Nizam.Ariff said...

TM,
ko bukan drive, ko duk sebelah.. tido memanjang. Tu pasal tak nampak...

kucingorengemok said...

roti kosong, roti telur, roti kosong panas, roti kosong dah sejuk, roti telur panas, dan lain²... tu je dah berapa dah

secangkir madu merah said...

kuries gak...kenapa yg ke 47? kenapa tak roti canai yg ke 35 ke atau 37?

Nizam.Ariff said...

KOG,
Betul gak tu. Roti kosong Kassim tebar. Roti kosong Hussin tebar... mmg banyak tu...

SMM,
Entah la, aku suka nombor 47 tu? SMM = 47?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com