Thursday, May 19, 2011

Pantun burung di petang Khamis malam Jumaat...

.


Jangan ditunggu burung yang terbang,
entahkan hinggap entahkan tidak,
Jangan ditunggu kasihnya orang,
entahkan dapat entahkan tidak.


Jangan digulai si burung Puyuh,
kepak bertulang isinya tiada,
Jangan dibelai hati yang rusuh,
kelak hilang segala upaya.


Burung Kedidi si burung Punai,
burung Tempua membuat karung,
Duduk sendiri inai dipakai,
bila berdua cincin disarung.


Burung Pipit si burung Enggang,
pulang berdua jalan berpayung,
Bagai sireh pulang ke ganggang,
Bagai keris pulang ke sarung.




Cheeeewaaahhhhh...!!!!!

Hai dondang sayang......

Hah, sambung Che' Kiah ooii....


* pak-pak-pom! pak-pak-pom! *





.

17 comments:

Nizam.Ariff said...

...jangan gatal kata pantun no. 3 tu lucah lak...

tasekM said...

aku baru nk cakap...

hahaha...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hahaha.. aku dah agak.
Cepat tolong Che Kiah jawab...

secangkir madu merah said...

Burung tempua bersarang rendah,
Burung kedidi di tanah rata;
Hajat bersua di malam indah,
Memandu janji seia sekata.



pantun yg no. 3 tu dimana lucahnya? ku ulang membaca tapi tak kedengaran lucahnya dan tak nampak dimana lucahnya... jauhnya akal TM itu pergi..


.

Nizam.Ariff said...

SMM,
dia memang gitu hari khamis ni...
Tu sebab awal-awal lagi aku dah bagi tau.. no. 3 tu takde lucahnya.... burung punai tu biasa la.. HAHAHA

ibundo said...

Tempat akak ni kalau nak makan daging puyuh senang. Ada kedai frozen food yang sentiasa ada bekalan. Goreng berempah sedap.

err.. che kiah takde mood nak berbalas pantun.

Nizam.Ariff said...

kakpah,
..nak tanya ni.. betul ke orang kata daging burung puyuh tu kolesterol dia tinggi? biasanya burung-burung ni daging dia lean jer... dulu selalu makan tapi sekarang ni dah tak berani la pulak.

tasekM said...

no3?
bukan.
maksud aku pantun last tu...

:)


err... pantun mat rempit bulih ke..?





.

kucingorengemok said...

satu dua kampit baja
saya tumpang tengok saja

tasekM said...

meow... sila buat pantun lain.
kampit baja tak ada sebut burung pun ye...






.

kucingorengemok said...

satu dua burung merbah
awak ni sebok lah ;p

tasekM said...

tiga empat burung merbah
suka hati lah

:p




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Yg last pun lucah ke? hahaha


KOG,
Aku suka pantun tu... simple.
Tapi betul tu, burung tak disebut.


TM,
weh.. dah abis makan racun?.. hahaha

aza ni said...

lima enam burung merbah
kog berentap dengan tasikmerah

Nizam.Ariff said...

Azani,
pompuan kalau berebut burung memang macam tu agaknya..

hahaha

sepa said...

banyaknya burung2...!
puyuh boleh makan. punai, tampua, pipit n enggang tak boleh makan... payung bagi kat siti, keris bagi kat DS K...
ada bunyi pantun tak.?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Ada sikit-skit.. pantun salah tersusun namanya... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com