tak cukup basikal...fokus juga yang hidup dibawahnya |
Akan sampai masanya nanti, aku akan rasa sepertimana basikal tua itu rasa.
Pada ketika itu, kematian adakalanya seperti madu di dalam setitis embun pagi... nikmat dan menyegarkan. Itukah realiti kehidupan?
Apabila tenaga tubuh hanya berbaki, itu pun untuk menarik dan menghembus nafas, karat-karat dan rerayap mula menjalari kaki dan perlahan-lahan menjarah ke segenap tubuh.
Kalau begitu, satu hari nanti aku akan ucapkan doa yang pernah (arwah) bapak pernah berdoa.
" janganlah tuanya aku nanti menyusahkan siapa-siapa pun, ambillah sahaja nyawa aku..."
Akan sampai masanya nanti, aku akan berdoa seperti bapak.
.
8 comments:
tak fokusnya la aku nk baca n3 ko nih.
kt tv ni tunjuk pole dancing plak...
heh.
.
ok.
aku pun nk berdoa mcm bapak juga...
.
TM,
maksiat tu.. maksiat! hahaha
kalau sebelum-sebelum ini asyik cerita pasal nafsu, mingu-minggu terakhir ni elok cerita pasal penamat segala nafsu...
ko kena cerita penamat nafsu ni minggu depan.
minggu ni nafsu ko mencanak lg aku rasa.
tak caya ko tgk.
esok mesti mkn nasi arab lg tu...
.
aku mmng selalu amalkan doa gitu.
lepas anak2 aku dah kawen.
dah ada org jaga diorang.
dan menantu pun biasanya tak ngam ngan mak mentua.
anak aku dah la dedua lelaki.
taknak diorang gaduh-gaduh elok la aku pun beransur pergi.
TM,
alaaaa... kalau aku makan pun, bukannya orangn lain tawu... hehehe
Ros,
ada nana sedih dalam suara ko tu. tapi aku salute sebab ko dah prepare untuk menghadapi segala kemungkinan...
jangan berlebih harap... sebab kita tak tau apa percaturan Tuhan nanti... takut kechewa..
'sampai masanya nanti'... aku sekarang pun doa macam tu, aku mati dulu dari korang agaknya ;)
KOG,
huhuhu.. sedey rasanya...
Post a Comment