.
Usai menjamah kuih kasui dan puding roti bersos kartard, dan 'green tea lemonade with rewarewa honey deeply chilled' sebagai pembuka puasa dan nasi goreng yang 'terbantut' gorengannya malam semalam, aku keluar lagi ke pekan. Kali ini aku 'advance' kan pelan membeli baju. Ya, aku tambah koleksi baju T cuma setahun sekali.
Sesampai di perut pekan, aku berpusing-pusing mencari pusatnya. Jalan sesak dengan kenderaan yang mencari-cari celah dan lurah untuk memarkirkan kenderaan. Ketat-ketat sungguh parkir mereka, nak celahkan 2 jari pun tak lepas. Jadi, aku terus berpusing-pusing mencari celah lain yang kurang ketat. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk turun ke bawah perut dan terus masuk ke dalam bumi. Nasib aku baik kerana ketika aku tercari-cari, ada seekor kancil keluar dari lubang. Aku gantikan tempatnya di lubang itu.
Bila aku panjat naik ke atas dengan bercelapak di atas tangga yang bergerak sendiri, aku lihat ramai sungguh manusia-manusia sedang melampiaskan nafsu. Kemanakah ranapnya dinding yang terbina di siang puasa?
Mereka berpusu-pusu menyelongkar sana, memunggah sini... tangan-tangan mereka bak garfu besar yang merayap-rayap di celah-celah kain, memugar baju. Entah apa yang dicarinya, aku pun tak pasti.
Aku lihat penyemarak nafsu yang bertali nylon halus terbuai-buai ditiup angin dari corong pendingin hawa. ! Ah.... mata-mata yang terikut membuai pasti mendorong kaki-kaki untuk melebarkan kangkangnya, biar cepat sampai ke destinasi. Berpuluh-puluh meja menghidangkan sajian yang dah tak terurus lagi. Yang baju tergumpal-gumpal. Yang kain habis terselak-selak.
Tak. Aku tak ke situ. Hilang selera aku melihat sajian yang telah menjadi bekas-bekas orang, yang renyuk dikeronyok orang. Lagi pun, biasanya saiz aku tak ada di situ.
Aku pergi ke tempat yang lebih tenteram, yang masih senonoh, yang masih bersopan. Aku tarik satu lalu aku gendong bawa masuk ke dalam bilik kecil. Di dalam bilik itu, aku acu berkali-kali di hadapan cermin besar. Setelah puas dan masuk dengan selera aku, barulah aku setuju mengambilnya.
Aku tuju ke kaunter bayaran. Ada 4 sajian yang aku ambil (aku punya cuma 1) dan bila lihat bil, cecah RM200 ! Aku lihat balik penyemarak nafsu bertali nylon halus yang terbuai-buai. Macam tak ada diskaun pun. Sama saja harganya walau tertulis di situ 50% ~ 70% diskaun.
" .. kalau beginilah, lepas raya kena puasa lagi nampaknya... 30 hari berturut-turut " kataku kepada pelarik mesin hutang.
Dia tersenyum tawar... aku juga sama.
.
11 comments:
kasi tunjuk sikit la baju mahal tu...
:)
.
oo.. 4 helai..
ok la tu beb.
aku pi mlm nih.
jln2.
tgk2.
pegang2.
tak beli.
haha.
.
TM,
Aku satu jer...
weh... ko tak tido lagi... esok barai lagi sahur weh....
tu la tu...
jgn la barai lagi.
tidor lambat ni yg tak bestnya ialah... aku lapor.
tak kan nk mkn mlm2 lak nih..
.
TM,
baik makan daripada asid perut naik ke dada...kalau barai lagi sahur pun, dah kira bersahur awal...
jap cari beskot jacob jap.
beskot tu sihat sikit...
.
TM,
ok la tu...
aku pulak dah lapik perut aku dgn roti canai dan 2 gelas teh ais... hahaha
aku syak.
ko bulan puasa ni makin montel gamaknya...
.
N3 yang terbaik! Istilah yg tepat walau tak terfikir pulak saya nak guna istilah tu..'Tali nylon penyemarak nafsu' mmg tepat..mmg itu yg kita selalu lakukan setiap kali membeli belah, check harga dan tepuk nafsu selera..syabas, suka N3 ni.
kau jangan tak tau. Tu tali nylon yang begerak-gerak gunanya untuk hipnotis orang yang lalu lalang supaya semua gila meraba sana sini guna garpu besar.
TM,
weh.... aku dah hilang 5kg nih. dah kurus sangat dah ni... hahaha
Hani,
hahaha... nafsu kak, nafsu yang bersemarak untuk raya kak. sampai tak tak sedar yg sehari berbelanja bersamaan sebulan wang dapur.
Kakpah,
Oooo... betul gak tu. mata pun layu semacam jer bila dah kena pukau. balik rumah baru rasa nyesal... hahaha
Post a Comment