Saturday, August 27, 2011

Snipet Raya # 3: Gua pun towkeh juga maaaa......

[ini hanya lakonan minda semata-mata ketika menyusuri laluan berbatuan menuju ke kampung. Bukan insiden sebenar walaupun 1/3 cerita adalah benar. harap maklum]




Keluar dari jalan utama, kini masuk ke jalan sunyi menuju ke kampung. Jalan yang cantik tetapi beralun-alun. Naik bukit, turun bukit. Kiri dan kanan jalan di penuhi pokok-pokok kelapa sawit.


Ketika di salah satu puncak bukit, terlihatlah seorang lelaki Cina separuh umur, berseluar pendek, memegang topi keledar dan sedang berjalan kaki di haluan yang sama. Aku syak motorsikalnya rosak di mana-mana dan dia telah tinggalkan.


Aku perlahankan kereta dan aku buka tingkap.

" Mau tumpang? " tanya aku dengan semangat penuh 1Malaysia.

"Boleh..? " balasnya. Aku anggukkan kepala.



Naik dan turun bukit lagi beberapa kali, sehinggalah aku tiba di satu kawasan kampung Cina, dia mahu turun.


" Berapa...? " tanya dia sambil tangannya mengeluarkan beberapa helai duit kertas warna merah.

" Tak payah... saya towkeh..." kataku bergurau sambil ketawa kecil.


Melihatkan dia yang berseluar pendek dan berkemeja lusuh, timbul rasa simpati pula. Aku keluarkan sedikit wang pula.


" Nah.. ambillah, duit raya " aku hulurkan wang dengan penuh semangat 1Malaysia.

" Tak apa.... gua pun towkeh juga maa....." katanya.

" Towkeh ?? " towkeh apa kalau berseluar pendek dan motorsikal pun rosak.?

" Gua towkeh BABI... kat dalam ladang sana..."



" Oooooooooooooooo........." panjang sungguh OOOO aku...






.

12 comments:

sepa said...

ko ada pasport melaka? tak le jauh mana...
selamat raya brader

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Skrg ada flight direct ke sana kan?
Selamat Raya jugeee....

cheqna said...

panjang tu oooooo
hahaha
selamat berhari raya =)

Nizam.Ariff said...

cheqna,
memang panjang.... kereta kena samak..
tapi itu bukan betul2 berlaku...

selamat hari raya

tasekM said...

1/3 je yg betul..?

aku tgh pikir yg mana betul.
yg mana tak betul nih...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
tak yah fikir.. anggap je semua tak betul... hahaha

tu kat area bukit langsat, jalan baru dari air kangkung tembus ke simpang bekoh... kat area penempatan baru orang asli...

tasekM said...

bukit langsat?
air kangkung?
simpang bekoh?



perghh.... banyak lagi melaka ni yg aku tak jelajah rupanya...


aku kalau pergi bkt senggeh ikut durian tunggal... selandar... sampai.
ikut lain tak tau.

haha.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
sekarang ada jalan baru dah bertar.... tu yg shortcut.

aku dah tak lalu selandar ke hutan Gapis dah.. sereeemmm kat situ... 2 kali adik ipar aku ada 'jumpa' nantilah aku citer..

tasekM said...

jumpa apa..?
alaaaaaaa..... tak nak dengar laaaaaa....

ok.
jangan harap la aku nk temankan siapa2 nk pi umah en alias mlm2 dah lepas nih...


.

Nizam.Ariff said...

TM,
ko ikut la jalan tembus felda tu...

hutan gapis tu memang ada penghuni yg halus-halus... biasa la...

adik ipar aku jumpa 2 KALI...

diulang... 2 KALI

dan dua-dua benda berlainan...

dan kedua-duanya semasa balik kerja dalam kul 11 malam...

wuihsss.. ko nak tau ke?

ko nak suh aku citer buat entri?

karang kencing malam kang aku tak jamin...

tasekM said...

tak pe...
tak pe...

cerita je.

aku bukannya hari2 lalu situ...


sila taip n3 sekarang.
pergghh... arahan!

hiks.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
esok2 la.. dah malam nih...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com