Monday, September 26, 2011

Anjing kurap yang setia...

.






Kebetulan, sesampai sahaja aku di sebuah bank, bekalan elektrik terputus. Urusan aku pun ikut 'black-out'.  Oleh kerana panas di dalam, aku keluar dan lepak di siar-kaki. Agaknya, huduh sangat jiwa aku ini sampaikan bank pun tak nak terima aku.


Ketika itulah, seekor anjing yang kotor dan berkurap, dan tua berjalan terdengkot-dengkot dari belakang bangunan menghampiri aku. Aku teringatkan kucing aku 'Jagad' yang entah di alam mana dia sekarang ini.  Aku tegur anjing tua itu, dia berhenti sejenak dan mendongak, memandang aku.


Aku dapat lihat ketulusan dalam hatinya. Aku cuba ambil gambar tapi tak sempat sebab dia seakan-akan tahu: kenapa cerita buruk dirinya yang diberitakan...


Aku ekorinya. Lagi pun, bank itu masih bergelap. Akhirnya dia rebahkan tubuhnya di siar-kaki di hadapan sebuah kedai makanan kaum Cina. Aku hampirinya, sehampir-hampirnya. Aku tegur sekali lagi. Apabila memandang aku, aku lemparkan senyum kepadanya tanda aku tak akan mengapa-apakan dia.


Aku tau, cerita deritanya mungkin lebih buruk daripada aku: tentang kesetiaan, tentang kejujuran, tentang kecewa, tentang berpaling tadah.... banyak sungguh pengalamannya. Mungkin lebih dari aku.


Seburuk-buruk dia, setianya masih kekal kepada tuan yang memberinya makan.

Aku....?







.

9 comments:

tasekM said...

satu kata2 kak lily yg terpahat dlm kepala aku.

kita bela haiwan.
ntahkan haiwan itu yg menumpang rezeki kita.
atau.
kita sebenarnya yg menumpang rezeki dia.


ko ni mcm aku gak la.
suka bercakap dgn anjing.
tambah2 anjing kurap.
pehal ntah.


.

jeb said...

lu nak berhenti kerja ke bro?

Nizam.Ariff said...

TM,
ko suka burung kan?
hahaha...


Jeb,
sesekali kena time-out dan lihat realiti di sekeliling.

ckLah @xiiinam said...

...tenat kurapnya tu.

Nizam.Ariff said...

cklah,
memang... kupingnya kurapen... tempang... tapi susuk tubuhnya besar dan tegap... mungkin dulunya seekor anjing yang suka buli anjing lain...

sepa said...

ko dah lepaskan satu peluang keemasan la brader...

sepatutnya ko rompak jeh bank tuh... alarm tak idup, cctv out, security mgkn tidur bersama senapang tak berpeluru... peeerh...!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku tak terfikir lak..

ye la... baru lepas kena basuh dgn esq... hahaha

ko dah jahat balik eh?

masya said...

x jelas r cite nie

Nizam.Ariff said...

masya,
memang citer-citer begini perlu ditafsirkan sendiri... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com