Monday, September 12, 2011

Meniti hari-hari yang mendatang....

.


Aku dapati bila aku bacakan Yasin kepada arwah Bapak dan jiran-jiran, aku akan bertemu mereka dalam mimpi. Apa signifikan cerita arwah jiran-jiran dalam cerita ini? Sebabnya pemergian mereka semua itu seperti domino. Aku ada ceritakan di dalam satu entri, dahulu.


Ringkasnya, mula-mula Bapak aku meninggal. Abang Manaf, jiran sebelah kanan rumah, yang mengetuai mandikan jenazah. Semasa dia kafankan Bapak, aku tanya Abang Manaf agak-agaknya kat mana roh Bapak? Dia balas, ia bergantung kepada amalannya.


Selang beberapa bulan lepas itu Mak Eton, jiran sebelah Abang Manaf, pula meninggal dunia. Mak Eton ini boleh dikatakan penjaga aku sebab semasa kecil aku selalu makan-tidur di rumahnya akibat asyik bermain dengan anak-anaknya.

Ironinya, beberapa bulan selepas itu, Abang Manaf pula meninggal dunia.

Selang sehari, Hajjah Ramlah, jiran sebelah kiri Bapak, pula meninggal. Mungkin jodoh mereka suami isteri kuat, selang seminggu pula suaminya, Hj. Rajuli meninggal. Merpati dua sejoli mereka itu walau umur mereka lebih 90 tahun sebelum meninggal dunia.


Selang beberapa bulan pula, yakni genap setahun Mak Eton meninggal dunia dan genap 2 tahun Bapak meninggal dunia, Suyut ChainSaw iaitu suami kepada Mak Eton pula meninggal dunia.


Jadi, dalam 2 tahun itu sederet 4 buah rumah yang berjiran kehilangan penghuni asalnya, kecuali Emak aku.



Dan, malam tadi aku bermimpi lagi... agak mengganggu juga. Ada ngerinya juga.  Haih... !

Petang karang aku ceritakan mimpi tu.






.

2 comments:

secangkir madu merah said...

mimpi itu mainan tido je.. kalau pun berlaku itu hanya kebetulan saja...


kau mimpi apa?

.

Nizam.Ariff said...

SMM,
adalah.... ngeri kak.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com