.
Biasanya bila didoakan, aku akan bermimpi tentang mereka-mereka yang arwah itu. Tapi, malam tadi mimpinya lain sekali. Oleh kerana mimpi malam tadi, pada kali ini, tak berstruktur aku sukar nak oleh semula jalan ceritanya tetapi aku masih ingat babak-babak yang mengusik perasaan. Antaranya...
Musim menuai pun tiba. Memang biasa kami semua menangkap ikan dengan cara 'menggagau' guna tangan di parit-parit kerana airnya surut. Satu pagi itu, Mak Eton beriya-iya mengajak aku 'menggagau' ikan. Dia menggunakan sejenis tangguk diperbuat daripada rotan yang berbentuk separuh selinder. Itu memang 'trademark' dia.
Mak Eton, aku dan beberapa lagi orang-orang kampung pun turun ke parit yang keruh dengan selut. Airnya separas pinggang, berselut sehingga ke paras lutut. Sebenarnya, airnya masih agak dalam tetapi aku turuti ajakan Mak Eton. Aku pun mula julurkan tangan-tangan aku ke tebing-tebing parit bertanah liat. Jurai-jurai rumput aku ramas-ramas sebelum aku kuakkan ke atas tebing. Jika ada ikan, pasti aku akan terasa dan aku cepat-cepat cekup.
Lubang-lubang pada tebing tanah liat pula aku seluk setiap satunya. Biasanya, haruan dan keli akan menyorok di dalam lubang itu. Namun tak selalunya begitu.
Di salah satu lubang yang aku seluk, tiba-tiba aku dapati sesuatu membelit lengan kanan aku. Belum pun sempat aku tarik keluar, lengan bahagian atas aku terasa amat pedih, panas seperti dicurah asid. Apabila aku keluarkan tangan aku dari lubang yang penuh air itu, aku terkejut apabila melihat seekor ular kapak sebesar lengan bayi berwarna kelabu kehijauan sedang enak membenamkan taringnya pada lengan aku. Masih melekat taringnya sambil kepalanya bergerak-gerak mengepam bisa.
Aku menjerit ketakutan dan kegelian. Aku pegang kepala ular kapak itu dan cuba menariknya tetapi taringnya telah melekat hingga ke tulang dan belitannya amat erat pada lengan kanan. Tiba-tiba Abang Manaf datang tolong longgarkan belitan itu, barulah aku boleh tarik kepala ular itu lantas aku balingkan ke atas tebing.
Kalau tadi rasa geli geleman menjalar dalam diri, kini rasa takut mati kerana bisanya pula yang menyelubungi. Aku koyakkan baju dan aku ikat pangkal lengan aku. Dalam perjalanan pulang, aku dapat rasakan bisanya menjalar dengan cepat ke jantung. Dan aku dapat rasakan nyawa aku hampir lupus, akan mati sebelum sempat sampai ke rumah. Aku suarakan kepada Abang Manaf kebimbangan itu tetapi dia asyik redakan hati aku dan suruh aku bersabar.
Lengan aku terasa amat panas seperti dicurah air panas. Nafas aku pendek-pendek dan aku tak mampu lagi berjalan. Abang Manaf dan beberapa orang lagi memapah aku pulang.
Pukul 3.40am, aku terjaga dari tidur. Aku terasa lengan aku sengal.
Aku ke bilik air dan berwudhuk. Alang-alang Tuhan dah kejutkan aku dari 'mati' , aku teruskan dengan Tahajjud.
Tetapi, bayangan ular kapak itu sungguh terasa sampai sekarang ini ... !
.
10 comments:
aku agak berat ko dah naik lepas raya ni, tu tertindih lengan sendiri sengalnya sampai ke jantung, hihihi >:)
KOG,
hmmm... teori yang bagus... malam ni aku cuba ngereng sebelah kiri pulak.. hahaha
aku rasa kan...
ko ni.
mati sok senang.
sbb dh banyak pengalaman.
masuk yg ni.
dah berapa kali dah ko mimpi nak mati eh...?
err... bulih ke aku komen gini gaya nih?
kira mengguris perasaan ke cemana nih...
:p
.
mimpi ular...!
ikut firasat aku lah kan - sang pentafsir mimpi yg maco; maksud mimpi ko tuh - nak ada mem baru tuh. kahkahkah...
kalau perempuan mimpi kena patuk ular ada org nak masuk meminang..kalau lelaki kena patuk, tak tahu pulak apa tandanya...takkan ada org nak pinang awak kut? hehe..
nasib baik terjaga sebelum racun sampai ke jantung. kalau tak...... haha.
bersyukur nyawa kau panjang. baguslah tu terus semayang. Eloknya hari2 kau mimpi macam ni. terbangun boleh terus semayang.
lu dah kawin belum ni?
TM,
owwhh... alangkah tergurisnya hati tapi takpe, itu peringatan dari kamu yang hidup ini perlukan mati....
Sepa,
kalau ular tu belit-belit lepas tu jilat-jilat lengan aku, boleh jadi gak la.. tapi kalau siap patuk geget taruh bisa.... faham-faham sendiri la... hahahaa
FadhilahM,
Jangan fokus sangat kat citer ular tu... cuba fokus kat Mak Eton yang beriya-iya ajak aku menggagau ikan, dan juga kat Abang Manaf yang berusaha menolong aku. Sebenarnya, karekter mereka berdua semasa hidup memang lebih kurang begitu....
Kakpah,
kebetulan pulak kak malam tadi mimpi lagi dan terbangun beberapa kali. Aku rasa memang malaikat kejut untuk semayang malam kut...
Jeb,
lagi 4 tahun, secara teorinya, aku boleh bercucu... hahahaa
dah sampai masa
zam, jom ngeteh ....
Azani,
alaaa.... belum la... tak cakup lagi nih.
ko dah training?
Post a Comment