.
Berkenaan Burung dalam sangkar, sebelum ini aku ada beritahu tentang cerita yang aku tulis menggunakan Sangkar dan Burung. Aku cari, cari dan cari lagi, akhirnya aku jumpa. Aku tak tahu sama ada ianya gurindam, syair atau puisi. Ia kisah kelkatu yang terbang senja. Ini dia:
Hikayat si Kelkatu
[1 / 9 / 2001 ]
Musim kini bersemi lagi
Lepas panas dan hujan bersilih ganti
Masa Si Ratu melepaskan pergi
Pergi mencari cahaya sejati
Bertaburanlah kelkatu pada lewat senja
Diusung, diarak oleh pahlawan-pahlawan perkasa
Di hujung bukit kecil memanjat ke udara
bertebaran semuanya pergi mencari rahsia
Rahsia dalam rahsia, cahaya pengubat duka
Cahaya sejati empat belas purnama
Terbang tinggi pergi mencari petua
Sangkar Si Ratu burungnya tiada
Maka, pesan Si Ratu:
" Terbanglah kelkatu, terbanglah tinggi-tinggi
Terbanglah kau dalam diri tapi hati-hati
Cahaya sejati dikurung kaca berduri
Langit-langit kecil, selapis demi selapis dilepasi
Cahaya sejati cahaya inti pati
Bukan terangnya dari Minyak Sapi
Murninya ia seolah-olah bersinar sendiri
Lembut sinarnya bukan datangnya dari api
Itulah petua kelkatu perlu tahu
Jangan nanti tersungkur di muka pintu
Carilah cahaya itu dalam kalbu
Waspada selalu, pasti akan ketemu "
Beribu kelkatu terbang malam
Tersesat menuju sinar dari api kelam
Kilau cahaya api menjadi penghalang
Punah sudah, harapan hilang
Kerana apa agaknya?
Kerana dalam perjalanan suci ini
Kelkatu masih merasa adanya diri
Selain daripada cahaya suci sejati.
Err... jangan terikut sangat cerita si ratu itu tetapi pesannya elok untuk direnung-renungkan.
Dan, genaplah sudah usia cerita itu 10 tahun.
.
9 comments:
err..saya 'rabun' sastera..tapi nak juga sampuk pasal kelkatu ni..
musim hujan ni, memang banyak kelkatu kat lampu jalan raya..hehe..
Dulu ckLah dah besar masih pelat tak boleh sebut 'R'. Sebut R jadi L. Jadi, bapak ckLah buat terapi lidah. Dia bagi ayat suruh ckLah sebut R dengan betul(dah tentu dalam bahasa Jawalah)dan contoh ayat bapak berasaskan benda-benda/kejadian keliling yang ada masa itu.
Ayat bapak:
"Lar laron tak lebokke torong dimar kok murup"
Ayat ckLah;
"Lal lalon tak lebokke tolong dimal kok mulup"
:D. Tau tak lar laron tu? Kepak kelkatu...
bila ko bold dan underline kat ayat tu...
tetiba pulak aku rasa macam tgh menjawab soalan SPM.
.
Fadhilah,
musim kelkatu dikaitkan dengan musim hujan dan cendawan busut, kalau di kampung...
sekarang ini, musim kelkatu dikaitkan dengan musim hujan dan perut anak dara yang membusut...
CKlah,
Aku pun panggil laron tapi tak tau pulak laron tu khas untuk kepaknya saja. Tapi, 'torong dimar' tu memang tak tau.. apa tu? Nama benda ek?
TM,
hahahaa.... ko gayat tengok soalan BM SPM ek?
Weh... aku spm dapat c5 jer BM. hahaha
aku,
assalamualaikum...
aku SPM BM dapat A1 ye.
ehem!
.
TM,
Waahhh.....lasyat la lu.
Ye la, ye la... nak kata aku hampeh sebab aku terer BI pun tak bleh gak...
sebab BI pun aku dapat C5... kakakaa
takpe, seimbang... dacing...hahaha
brader, bahasa arab, bahasa mandarin & bahasa tamil dapat brape...? kahkahkah... banyak dacing nak guna. :P
Sepa,
itu kena guna dacing 8 mangkuk... kakaka
Post a Comment