.
Hasri (nama hanyalah khayalan walau pun Hasri Hasfa itu wujud fizikalnya) kerap menyapu igau-igau yang berlangau di batu jemalanya. Jengkel sungguh dia pada igau-igau itu yang kepak-kepak nipisnya menyisipkan bunyi-bunyi gamelan hidup lampau ke kopeng Hasri. Setiap kali Hasri awang-awangkan tangannya, igau-igau itu pun terbang mengelak entah kemana tetapi hanya sekejap. Sekejap sahaja, setelah diam tangan Hasri, igau-igau itu pun menghurung lagi, kembali berlangau di sekitar kepala Hasri. Hasri benci!
Igau-igau silam itu sentiasa menghurung kepala Hasri, tak lepas-lepas walau kemana-mana pun dia berjalan atau berlari. Lemas dengan igau-igau itu, Hasri berlari mencari pantai. Dia mahu campakkan diri ke dalam ombak gulung tiga beradik. Dia mahu selamkan kepalanya ke dalam gulungan ombak ganas itu dalam-dalam. Dia mahu igau-igau itu dihambur ombak gulung dan dihanyutkan jauh ke tengah laut, biarkan lemas! Biarkan igau-igau itu lemas bersama-sama dengungan gamelan hidup lampaunya kerana dia mahu telinga-telinganya mendengar alunan bahasa Tuhan yang Esa pula. Bahasa yang kini mula berkeroncong indah.
Sesampai sahaja di gigi pantai, laut dilihatnya sungguh damai. Matahari petang menjingga di kaki langit Barat tanpa pelangi petang yang Hasri suka itu. Maaf Hasri, petang itu tiada pelanginya biar pun renjis gerimis masih belum benar-benar bersidang. Tanpa pelangi petang, matahari hari itu seolah-olah bertelanjang bulat dan sungguh aib keadaannya. Oleh kerana laut itu damai, tiada ombak gulung tiga beradik bertandang ke dada pantai untuk mengaut puing-puing dosa penduduk daratan untuk dibenamkan ke lantai laut. Laut yang damai itu juga menyatakan kepada Hasri bahawa igau-igau lampau itu akan terus melangau di sekitar kepala Hasri.
Kini, Hasri pula yang lemas. Dia lemas dalam dengungan hidup lampau yang dia mahu tinggalkan.
" Arrrghh....!" jerit Hasri sekuat hati.
Kemanakah lagi harus dia tuju? Ke gunung tinggi, awan mengabui jalan ke puncak, menyesatkan jiwanya. Ke jurang dalam, momok-momok kelam menyerkup, mengelambui mata-matanya seperti hijab hitam yang menutup jiwa parahnya.
'Kenapakah kamu ini?', seolah-olah ada suara didengarinya. Hasri menoleh ke kanan dan kiri. Kosong. Ompong tanpa siapa-siapa.
'Kenapa kamu perlu berlari?', suara halimunan itu terus mengasak Hasri dengan satu soalan lagi. Seperti tadi juga, di kiri dan kanannya kosong. Lompong tanpa siapa-siapa.
"Aku mahu tinggalkan daerah ini tetapi aku tak tahu kemana aku patut pergi!" jerit Hasri. Jeritannya ditatang angin lalu merempuh pokok serunai laut yang berseruling kasih setiap kali bertasbih ditiup angin.
'Daerah mana?' suara halimunan itu bertanya lagi.
"Secebis daerah dalam hati yang telah membusuk mati. Aku tak tahan dengan bau busuknya. Aku mahu pergi dari sini." jawab Hasri.
'Kamu tak boleh tinggalkan hati kamu itu. Hati itu kamu akan bawa ke mati.'
"Potong dan buang?"
'Hahaha... itulah maksud aku. Kamu akan mati bersama-sama hati itu'.
"Aku? Siapa 'aku'?" tanya Hasri pula.
'Aku ialah hati kamu. Hati kamu yang ada secebis daerah yang telah membusuk mati dan kamu berhajat untuk tinggalkan. Kamu mahu tinggalkan aku? Kamu tak akan dapat melainkan kamu mati... MATI!' bentak suara halimunan itu.
Hasri tersentak. Dadanya berdebar-debar hebat. Sejurus itu juga kakinya menjadi lemah. Hasri jatuh terjelepuk di dada pantai. Laut damai mengalunkan melodi keroncong dengan bait-bait indah dari bahasa Tuhan yang Esa, ditatang angin petang lalu merempuh dedaun pokok serunai laut. Gemersik dendangan keroncong itu hanya dapat dirasai Hasri di luar dadanya, bukannya di dalam hati.
"Matikah aku?" bisik Hasri perlahan sambil kedua-dua belah tapak tangannya diraupkan ke muka.
"Matikah aku..........?" pertanyaan itu tanpa jawapan melainkan debaran dada yang menjadi semakin hebat.
Manakala jauh di pulau pengasingan di sana, Ayu Jannah sedang menadah tangan-tangannya ke arah langit petang. Sayap-sayapnya berkibar-kibar seperti layar-layar kapal usang ditiup angin petang.
"Ya Tuhan, tolong perkuatkan sayap-sayapku ini. Aku mahu terbang pulang... Amin".
.
23 comments:
cerpen ke apa neh? ok aku layan jer..semoga igau-igau itu akan pergi jauh di balik awan, tidak lagi menggangu gugat ketenangan di daerah ini...
cheewahhh ada bakat tak aku beb?
LW,
bukan cerpen...hanya luahan je.
eh.. ko bukan ke memang ada berbakat menulis ni? aku nak baca tulisan tentang luahan ko lak...
haha..aku mana der...aku ceconteng boleh la..ehh ko dah ada buku kan..bak mai sini aku nak beli..cemane cara tu?
LW,
oooo.. .buku tu dah tak ada.. dah habis. aku print ikut jumlah orang pesan je hari tu. kalau nak print+perfect binding sebuah je mahal. kalau ada yang lain nak... kumpul2 dalam 10 buah kira ok la juga...
atau.... aku email e-book @ pdf copy, nak?
atau ko nak buku gak?
ok..boleh gak ko emel pdf atau terus file MS words macam biasa,..ko bleh email sini ladywindsor24@yahoo.com.
Ko nak baca puisi picisan aku boleh gi ke http://puisipendek.blogspot.com/
ko cari under blogger ladywindsor..ada beberapa buah kat sini..
sorry lupa...tak pun ko bleh klik http://secret7writer.blogspot.com untuk baca kispen aku atau ko bleh juga gi ke sini, warnakaseh.blogspot.com.
aku menulis suka suki jer..
atau..kalau kau nak baca lebih banyak..ehhh tak yah le...haha!
LW,
aku ada gak tgk2 tmpat tu tapi tak pasti mana satu yg ko punya. ko dah bagi tau, senang sikit nak cari nanti..
ok jangan lupa email e-book tu yer..aku nak baca karya blogger femes...heeee!
LW,
femes? keh keh.. jantan mana boleh femes..... pompuan boleh la femes2 ni...
ok. aku dah email. cer check email.. taku aku salah cutnpaste email ko...
Wow.... maksudnya Hasri tu busuk hati ke? Ataupun hati dia membusuk kerana dosa?
LyDS,
hahaha... teka lah, dik.
cerita luahan hati macam ni tak boleh direct... kena telah sendiri barulah menarik dan misteri.... keh keh keh..
Hasri bukan busuk hati... tapi hatinya busuk...err... eh? hahaha
Wah....Ayu Jannah tak habis2 nak mengepak dengan sayap-sayapnya..
Ha ha ..aku terkomen guna akaun asrama
Kak Lily
luahan hati dalam bentuk sebegini, terbaik ni!
kak lily,
terkejut aku kak!!!
hahahaha...
KA,
sekali-sekala je...
aku tak baca sampei abes...
sorry..
sikit hari ni aku sakit..
sakit pinggang
.
.
.
ini luahan sakit ati ke aper?
hehe..
Ash,
saja2 je gatal2 nak luah2 tentang hati er... hati si sepa tu.. keh keh keh
pagi tadi aku baca entri nih.! tak dan nak komen.
kena sangat eh... aku kan anak nelayan.!
kena pulak aku baru jeh semalam layan lagu dak bangNasir "Di Balik Cermin Mimpi", sesuai sangat.!
cuma kat sini pantainya tak jernih, masih banyak lagi sisasisa habuk kayu dari zaman kegemilangan logging, dan masih jugak terdapat log yang hanyut, yang terdampar di pantai, apabila tongkang yang membawanya terumbangambing dipukul gelora, dan ada jugak tongkang yang lansung tergolek oleh gelora memuntah segala log yang ada di deknya...!!!
eh. dak LadyWindsor tulis ceriter jugak, bang.!
aku pernah baca satu "kismi ayah dah siap".... hehehe
Sepa,
Oitt..bukan kismi, kimci ayah dah siap..itu citer kat secret7writers...ala aku menulis stok geli-geli je tu..sesaja isi masa lapang...yawnn! Haha...
nape aku terbayangkan sepa eh?
Sepa,
sketsa tu secocok tak dgn ko?
aku harap secocok la .. hahaha
LW,
Ooo... aku ada baca sikit tapi tak pasti siapa yg tulis sebab ada 7 orang....hahaha
GB,
ko terbayangkan sepa?
hmm...
aku tunggu sepa komenlah... keh keh keh..
hai gB.! :)
sepa,
ceh!!!!
Post a Comment