.
Kalaulah sebelum ini aku bercerita kisah-kisah laut, kali ini aku ingin berkisah tentang hal-hal langit pula. Hal-hal langit bumi yang dilihat dari puncak bumi dan bukan hal-hal langit bumi yang dilihat dari langit ke-7.
Kadangkala kita mampu lihat kaki langit yang bercantum dengan lidah ombak laut. Kita kata bercantum kerana biru langit dan biru laut seolah-olah bercantum. Dan kita katakan jauhnya cantuman itu sejauh mata yang memandang.
Sehingga kita tak mampu membezakan mana satu kaki langit dan mana satu kepala laut yang bercantum itu. Sehingga lapisan cantuman itu terlalu nipis untuk kita bezakan dengan mata telanjang. Sehingga kita rasakan ianya benar-benar bercantum padahal ianya tidak pernah. Langit tak bercantum dengan bumi. Sama seperti langit dalam diri manusia tak bercantum dengan tubuh ini. Lalu kita katakan ianya horizon.
Sedangkan perkataan horizon itu kalau dalam bahasa Cina bermaksud ' tempat yang amat jauh untuk didekati '.
.
9 comments:
indahnya biru...
tembak dr cable carkah..?
.
kekadang le-langit aku gatal2 lepas makan nanas.
ko betul ke nak jd arkeologis macam dak Indiana Jones...?
:p
TM,
Tak.. aku tembak dari atas penara buatan di puncak gunung... panas dan cerah sangat. kamera aku tak ada filter lak... gambar2 tu je yg jadi. yg lain tak menjadi.
Sepa,
kalau aku korek-korek bulih jumpa tengkorak emas padu, aku nak.. kalau tak, buang masa je... kakaka
Cantik...
Teringat cikgu Ilmu lam kami nama Harizon. Kami gelak masa dia ajar tentag Horizon...
cklah,
mesti dia tu orang Jawa... ek?
wah dah tunjuk bakat dlm photografi pulak... thumbs up utk kau Aeron.. mmg cantik pemandangan yg kau rakamkan itu..
bumi kita bulat lah.. sbb tu dari jauh nampak bercantum walaupun sebenarnya tak pernah pun bercantum...
SMM,
alaaaa... secalit semangat daripada kawan2 bloggers gak... apa salahnya menyimpan memori dalam bentuk gambar pulak. Jom foto..?
cantik gila gambar nih.
tapi aku gayat.
mesti ambik dari tempat yg tinggiiii
Ros,
Tinggi Ros... dari puncak MatChinchang. Tapi aku lihat dengan rendah hati
Post a Comment