.
Alang-alang tinggal beberapa 'kerat' lagi nak sampai, aku pun refresh beberapa belas kali. Hah! Sampai pun nombor turutan yang cantik seimbang. Nombor pageview tu sejak dari 4.4.2009. Tapi index itu aku letak setelah setahun blog ini beroperasi. Dah 4 tahun lebih rupa-rupanya aku berblog.
Niat asal aku berblog sebab aku tak sanggup nak simpan semua perkara dalam fikiran. Boleh bebal dibuatnya. Kadang-kadang idea meronta-ronta dalam kotak fikiran. Selagi tak dikeluarkan, aku boleh sawan...hahaha. Sejak aku kecil lagi, aku sering menulis apa yang aku fikirkan di dalam buku nota kecil. Bila aku dewasa, aku dah mula malas. Aku terjemahkan ke dalam bentuk puisi yang padat. Setiap perkataan memberi simbol tertentu kepada maksud tertentu. Ya, perkataan itu menjadi simbol, maka terjadilah perkataan yang simbolik.
Oleh kerana semakin dewasa aku semakin malas, aku tulis di atas mana-mana kertas yang aku jumpa. Suratkhabar lama. Kertas tisu (kalau di kedai makan). Kemudian, aku buang. Masa itu aku guna istilah 'aku titipkan semula tulisan aku tentang alam kembali kepada alam, semoga alam mencerna dan memikirkan apa-apa yang dia lakukan seperti yang aku tulis itu'.
Hanya 4 tahun lepas, ada seorang gadis yang baru masuk kerja duduk berdekatan dengan aku. Aku lihat, dia selalu menulis sesuatu di dalam internet ketika rehatnya. Satu hari itu, aku bertanya. Dia perkenalkan "... kenalkan, inilah blog".
Aku kata, aku memang telah kenal apa itu blog kerana beberapa tahun sebelum itu, aku mengikuti blog Tok Rimau, Pipiyapong, Alina Abdullah dan Sinaganaga tetapi ketika itu rasa-rasanya bukan 'blogspot.com'.
Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak buat blog. Ketika itu, aku ingat kena ada domain sendiri, kena daftar dan bayar yuran tahunan. Sama seperti website.
Bila gadis itu beritahu ianya percuma dan dia boleh tolong buatkan, serta-merta aku kata 'ya, sila tolong'. Dan dia pun buatkan blog 'akuyangakut' ini. Nama 'akuyangakut' juga aku pilih apabila dia bertanya, kenapa aku nak buat blog? Bila aku ceritakan perkara diatas (sampaikan kawan-kawan sepejabat dah 'malas' nak dengar), dia pun kata, "you memang dah acute sangat, eloklah buat blog". Selang beberapa bulan selepas itu, dia pun berhenti dan bekerja di Cyberjaya.
Kemudian, aku dapati aku perlu pisahkan puisi-padat aku dan cerita-cerita rekaan ke satu tempat yang lain kerana ia mengganggu perjalanan 'akuyangakut'. Sebab itulah, selepas setahun blog ini wujud, aku buat 'merungmahawangsa'. Di situ, aku titipkan sebahagian diri aku yang ternyata berbeza kepada alam maya. Semoga ia mencerna apa yang aku fikirkan tentang mayapada.
.
20 comments:
bila baca sejarah blogger pasal apa muncul blog diorg - best jugak kan? :D
dah ramai jumpa blogger?
eh...
dah jumpa ramai blogger?
4 tahun lebih..?
acaner ko kira...?
2008-2o11.
bukan 3 tahun lebih..?
.
kau patut suruh tas audit blog ko aaa...
2008
samada awal atau akhir tak kisah ron
isi..tu...mmg mantap..
GB,
bagaimana dengan sejarah GB pulak?
Tijah,
aku tak pernah jumpa blogger selain Ashley, Kakpah masa kenduri ... BK sebab sbb dok sebelah aku...
aku nak jumpa ko nanti, nak serahkan cerpen kecubung...
TM,
Kan aku dah kata, menatang nombor tu aku letak lepas setahun blog ni wujud.... kira 4 tahun lebih la kan?
Tijah,
dia sengaja mengada tu.. keh keh keh
Azani,
isi pun kalau tak ada bunga-bunganya, tak harum orang tak datang cium...
akupun nak buat entri kenapa aku buat blog... jugak.!
*dan ada kaitan dengan entri ini...
:)
4.4.2009 (selepas setahun)
2009 - setahun = 2008.
april 2008 - disember 2011 baru ada 3 tahun lebih je bang...
ko pas tak pas matematik nih...?
:p
.
Sepa,
Ahhh... ko pun ntah bila nak update blog ko tu...
TM,
aku cakap lepas lebih setahun baru aku letak pengira tu. Aku syak, yang 'lebih' tu dalam 5-6 bulan rasa-rasanya.
cer kira.... tambah lagi 6 bulan... jadilah 4 tahun lebih...
kimia organik ko lulus ke tak nih? kakaka
aku faham le bab ko letak kaunter tu slps setahun tuuuuu...
gini senang.
aku refer kat ko punya profile.
ko mula blog april 2008.
april 2008 - march 2009 = 1 tahun
april 2009 - march 2010 = 1 tahun
april 2011 - march 2011 = 1 tahun.
april 2011 - sekarang = 9 bulan.
hah.
celah mana 4 tahun lebih tu..?
:p
.
TM,
ye ke? profile tu tipu-tipu jer.. bukan betul pun... jangan percaya sangat kat profile tu... :p
eh. ye la. 3 tahun 9 bulan.
dino, kejap lagi aku update... hehehe.
besok la.
Sepa,
Ahh... sejak ko kenyit2 mata dengan Tazs, ko sokong dia je kan? biasaaaaa diaa..
Woha...dah popular adik aku ni. Tahniah...tahniah! :D
sejarah yang menarik..lu mmg akut..
diharap selepas ini penulis boleh becerita tentang watak wanita tersebut dengan lebih lanjut..
Cklah,
dah nak redup cikgu, popular apekemendenya.... hahaha
jeb,
Sori bro, wanita itu menghilang sebelum aku sempat bertanya lebih... nama dia pun aku tak ingat...
nak. nak. aku kalau baca takleh terhenti. so aku tunggu ko compile dulu eh?
Tijah,
belum siap lagi. Nanti kalau dah siap, kita buat majelis pecah tanah... hahaha
aku suka tu. nanti boleh la perkenalkan para pelakon ala2 pra tonton ombak rindu. wiiiiiii
Tijah,
wiiiii.... hahaha.
kecubung tu cerita cinta seram tau...mistik percintaan... jangan tak tidor malam dah la...
Post a Comment