Ada satu pantun tu, lebih kurang begini bunyinya: Pucuk Pauh Delima Batu, Anak Sembilang di tapak tangan, Walau pun jauh beribu batu...
Aku terjumpa satu gerai yang menjual Delima Batu sebagai herba 'penguat segala'.
Yang macam limau dihiris tu Delima Batu yang dikering. |
Kalau aku korek pantun-pantun lama mungkin banyak lagi benda-benda yang aku tak pernah jumpa. Contohnya, Buah Keranji. Aku pernah makan buah itu semasa aku dalam Tingkatan 5 dulu. Ada seorang Kelantan bawakan. Dia kata, di pantai Timur sangatlah banyak.
Bila aku berkahwin, bakal ibu mertua (pada masa itu) ada bertanya apa yang aku nak untuk hantaran balas. Dengan selamba aku cakap, aku nak Buah Keranji satu dulang, Buah Pauh satu dulang dan semua buah-buahan yang pernah disebut-sebut dalam pantun Melayu lama.
Dia minta maaf sebab tak dapat nak tunaikan, Buah Keranji diluar musim tapi... Pisang Emas satu lori pun boleh!
Nasib baik mak aku tak pengsan dapat hantaran selori Pisang Emas.
.
13 comments:
buah keranji??besh tuuuuu
cheqna,
kat sana memang banyak eh?
Aku dah lamaaaaaaa.. tak makan. sedap sangat ke sampai masuk pantun melayu lama?
koreklah lagi pantun lama...
dah banyak yang den tak ingat.
Kakpah,
kalau tak silap ada koleksi klasik yang DBP terbitkan. Tapi, penggunaannya yang kurang...
ko beli tak delima batu tu...?
aku beli sbb air yg budak tu suruh test adalah sedap di tekak aku...
.
TM,
aku tak beli... pahit!
dahsyat la, ko beli... sedap kat tekak atau sebab unsur-unsur penguat segala batin? keh keh keh...
err...deting ngan tas ehhhh?
Tijah,
Deting dgn orang bunian ni payah...!
orang ingat aku cakap sorang-sorang, dah macam orang yang hilang akalnya...
(tengah mencari semangat 'Kecubung') keh keh keh....
Buah keranji dah tak banyak sekarang.Anak saya pun dah tak kenal buah tu..
Hani,
ye ke?
Ingatkan tadi kat pantai timur masih banyak pokoknya...
brader, buah keranji tuh jugak adalah 'penguat segala' ka.?
.
chasiman pernah pujuk gua makan jeruk buah pala. gua layan. dia tanya - sedapkan.? gua cakap - sedapla brader...! chey... jaga hati... :) kang merajuk pulak mamat tuh.!
-yang sebenarnya makan jeruk buah pala buat lidah jadi gatal2...
Sepa,
bauh keranji tu tak de kuatkan apa-apalah aku rasa.. buah delima batu tu je...
Sedap.. Pisang mas yg plg sedap klu di mkn mentah tp syg.. Pisang mas dh mkin xde sh skrg, sian bebudak skrg. Pisang mas hanya tggl nama pada pnrun jer
Post a Comment