Tuesday, July 10, 2012

Cerita-cerita alam ghaib, cerita mistik di sekitar kampung aku...

.

Dunia mistik sukar hendak dipisahkan dari cerita kehidupan di kampung aku. Setiap kali aku balik kampung, ada saja cerita-cerita alam ghaib yang aku dengar. Kalau aku tak bertanya pun, orang akan bercerita juga. Selain daripada sumber 'tangan pertama' (first hand) yakni abang aku, orang-orang kampung juga rajin bercerita. Mudah saja, apabila berjumpa dan setelah berikan salam, terus tanya "apa cerita terbaru?"


Kalau ditempat lain mungkin gossip para artis atau orang kampung yang menjadi beritanya tetapi di kampung aku berita sebegitu amat jarang didengari. Sama ada mereka bukan jenis yang suka beli majalah URTV atau Mangga, atau pun cerita panas setempat lebih menghairahkan. Kalau tidak politik, pasti berita tentang kematian. Dan terselit juga berita-berita jerih-perih (perih dalam Kamus Jawa-London-Cambridge ialah pedih seperti luka yang dicucurkan air limau).


Berita kematian di kampung aku buat masa kini semakin kurang didengar. Kalau 5-10 tahun lepas, berita kematian si polan dan si anu kerap bersahutan seperti bunyi burung hantu di tengah-tengah malam. Aku pernah cuba rakamkan bunyi burung hantu bersahut-sahutan malangnya format telefon bimbit aku tak setara dengan format blog, jadi tak boleh di upload. Kalau tak silap aku, burung hantu dan burung pungguk tak sama.

Sekarang, kaum-kaum tua di kampung aku telah berkurangan. Baru-baru ini, aku bertanya kepada emak aku tentang orang-orang tua yang masih tinggal dan emak mencongak-congak sebelum mengatakan mungkin dialah golongan 'pioneer' yang masih ada.


Apa yang mistiknya dalam cerita kali ini?


Batang Senduduk Putih sebesar jari telunjuk yang mempunyai empulur berisikan sejenis 'damar' jernih seakan-akan plastik. Hanya sejengkal yang mempunyai 'damar'. Keratan batang yang lain adalah tumpat seperti biasa. Ini sebahagian keratan kepunyaan abang aku.


Santau.. santau... santau. Ini muntahan santau yang sempat abang aku rakamkan. Kelihatan cebisan-serpihan tulang yang agak besar. Di sekitar pekan di kampung aku masih kuat dengan gejala santau ini... berhati-hatilah kalau ke sana.


Sekali imbas seperti sebatang paku yang berkarat tetapi menurut abang aku, ianya adalah sejenis kayu atau tulang yang menjadi senjata sejenis jin bernama Pelesit. Senjata ini didapati daripada Pelesit yang ditundukkan oleh salah seorang pengamal perubatan mistik.


Mahu percaya? Terpulanglah tetapi kita wajib percaya kepada perkara-perkara yang ghaib, diantaranya Syurga Neraka, Hari Akhirat, Qadha Qadar, Jin , Malaikat, Syaitan...

Adakah benda-benda di atas itu berkaitan dengan perkara-perkara yang ghaib? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Aku tak tahu jadi jangan tanya aku lebih-lebih.




.

12 comments:

Anonymous said...

dua perkara yang kena percaya. yang dapat dilihat dengan mata kasar dan jugak mata halus. tetapi ada yang enggan percaya dengan perkara-perkara ghaib ni.

eh, nampak gaya makin kurang golongan old timer kat kampung sekarang ni.

tasekM said...

ala.... nk muntah la tgk muntah..


.

jeb said...

pekan mana yang kuat santau tu?macam mana nak elak disantau kalau lalu pekan tu?macam mana nak detect kalau orang nak bagi santau?

mohon pencerahan

alienpakailipstick said...

P.lesit ni jenis santau eh bukan jenis menda keturunan mcm ala ala citer waris tu ke

Nizam.Ariff said...

SM,
skuad pelepis semakin kurang, ramai yang berhijrah ke kota. Yang tinggal hanya membilang hari...




TM,
di dalam perut, kalau makan macam-macam e.g. rojak singapore, macam tu la agaknya kan? hehehe...



Jeb,
Petua elak santau tu banyak tetapi nak elak betul-betul tu hanya Tuhan yang mampu menolong... ada doa-doa tertentu yang patut amalkan hari2, ada doa2 tertentu yang dibaca sebelum makan dan selepas makan... amalkan dan bertawakkal... sebab itu semua kerja2 syaitan. Kita pohonlah perlindungan kepada pemilik segala jin dan syaitan tu....




alien,
pelesit ni jin, yang aku tahu, tak ada kena mengena dengan santau. pembawa santau ni jin jenis lain kut...

aza ni said...

ron

kekadang aku terfikir juga yang pakar santau ni......anti melayu/islam...sebab yang kena santau biasanya melayu/islam....

tapi yelah semuaa berlaku dengan izin Nya, ini ujian atas orang Melayu/Islam

Nizam.Ariff said...

Azani,
aku pun ada terfikir yg gitu... tapi itulah tadi, bukankah Iblis dah janji akan sesatkan umat Adam?

ckLah @xiiinam said...

Astaghfirullahal adziiim...



...dari yang pernah terkena.

sepa said...

UAI kata syaitan adalah adjektif, bukan noun...?!


...kalau ko kerja lam utan cam aku, banyak criter2 hantu...

Semalam, ada sorang criter dia hampir ditendang oleh hantu ruper pompuan berbaju putih...
Pernah jugak sorang hampir ditolak dari platform sebab tidur di tapak hantu...
Ada jugak sorang, masa tengah berenti kencing d tgh utan, hantu membonceng motor dia, sampai ke rumah dan tumpang tdo sebelah...


...tapi, aku maco. 2tahun aku dah d situ, tak jumpa lagi... Lallalala...

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku syak sama ada ko belum jumpa lagi atau ko la hantu tu.. .keh keh keh

sha83@kaizer said...

teringat insiden pakcik makcik saya yang bawa sorg pengamal perubatan dr negara jiran...

dia keluarkan bulu dan tulang-tulang dari bdn pesakit dr arah pusat.

bila makan ayam tengok tulang kdg kdg rs nak tergelak jugak jadi kelakar bila ingat balik...

mana taknya bila mistik tiba-tiba bertukar jadi plastik ... dengan pengeras seekor kambing hitam. belum lagi termasuk rm500... untuk seekor kambing saja dah makan rm300...

teringat juga bila dia titiskan air yang dh dibaca tu dgn ayat ayt tertentu ke lantai tiba-tiba bertukar jadi darah dalam sekelip mata...

tapi bila fikir rm800 hilang sekelip mata dek kerana ada pengerasnya ... perkara mistik pun dah tak jadi mistik dah ...

satu lagi peristiwa yang paling buat saya rasa nak lari dari rumah...bila terpaksa bwak segelas air susu untuk pak turun... bila disuruh sorg anak dara yg lagi satu menghidang dia kata tak nak. tak sedap. dia nak sorg gadis yang bertudung kepala jugak yg buatkan...kata ayat al-quran tapi kenapa lain macam saja...

Nizam.Ariff said...

sha83,
itu namanya kena berhati-hati.
macam-macam jin ada.
kita tak tahu, macam meneka barang di dalam kotak yang tertutup.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com