.
Aku sebatang pen.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang besar.
Adik beradik aku ada pelbagai warna.
Ada warna kelabu tahi anjing, ada warna pepel biji kundang dan ada juga yang lutsinar bagai ais krim laici.
Walau pun adik beradik aku ada pelbagai warna, aku sayang akan semuanya kerana kami bersaudara.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang pengurus di sebuah syarikat nasional.
Aku sungguh teruja kerana akhirnya diberikan tugas untuk menulis.
Oleh kerana tuan aku seorang pemgurus, aku tak banyak digunakan untuk menulis sebenarnya.
Aku sering digunakan untuk tandatangani kertas-kertas yang aku tak pasti apa bacanya.
Ini kerana aku tak bersekolah.
Jadi, sungguh ironi, walau banyak kertas yang aku telah tandatangani, aku tidak tahu apa isi kandungannya.
Mungkin tuan aku tahu kerana dia bersekolah tinggi dan dia pandai membaca buku.
Tuan aku juga bukan sahaja pandai membaca buku malah pandai membaca fikiran orang lain.
Disebabkan itulah aku sangat takjub akan kepandaian dia.
Selain daripada digunakan untuk tandatangani kertas-kertas, aku juga digunakan untuk menconteng.
Kadang-kadang aku conteng sesuatu pada kertas kecil berwarna kuning empat segi.
Kadang-kadang aku conteng terus pada kertas-kertas putih dan besar tanpa perlu ditandatangani.
Anehnya, apabila aku conteng kertas kecil berwarna kuning, si penerima akan berkeluh kesah.
Aku tak tahu kenapa.
Anehnya juga, apabila aku conteng kertas-kertas putih dan besar, si pemilik kertas akan memaki hamun di belakang tuan aku.
Aku juga tak tahu kenapa.
Aku hanyalah sebatang pen yang tahu menulis.
Tetapi aku tidak pandai membaca.
Jauh lagi untuk meneka apa yang ada di dalam fikiran semua orang.
6 bulan berlalu...
Aku kini telah tua.
Nyawa aku hanya tinggal seinci.
Tuan aku telah jadikan sebiji gelas sebagai tempat aku berehat, bukan lagi di dalam beg kulitnya.
Di dalam gelas itu aku bertemu dengan rakan-rakan sejawatan
Juga sebatang pembaris dan beberapa batang pensil.
"Aku dah kontot." kata pensil-pensil.
"Aku dah bengkang-bengkok." kata pembaris.
"Aku dah tinggal sedikit dakwat." kata pen merah.
"Aku dah tak keluar dakwat." kata pen biru.
Pen hitam tak berkata apa-apa, dia hanya tunjukkan tekaknya.
Mungkin pen hitam sakit tekak.
Kemudian, aku bertanya kepada kawan-kawan di situ.
"Kenapa ramai orang tak suka aku apabila aku menulis?"
Kemudian, hampir serentak kawan-kawan aku menjawab.
"Sebab kamu itu Sebatang Pen Marker Warna Merah."
Maka tahulah aku bahawa aku dilahirkan pelik.
Lahir aku dengan fungsi yang cacat.
Dan aku bukanlah sebatang pen yang disukai.
Eloklah aku minggir.
.
11 comments:
suka2 ! nice one
KA,
Thanks...tak ada idea nak tulis entri...
ni karangan aku masa darjah enam..hahaha
Daddy Ziyyad,
Hahaha... aku pun ingat-ingat lupa macma mana aku tulis dulu...
Hahahha... pen merah rupanya. Tapi 6 bulan tu kejap sgt la jangka hayat bagi sebatang pen merah.
Apa yang peliknya dengan warna merah?
LyDS,
Hahaha... dah tenyeh tiap-tiap hari, habis la da'watnya...
EMbun Melati,
tak salah berkata-kata atau berbicara asalkan benar betul adab dan hikmahnya... tak salah menulis asalkan ada adabnya....
errr aku rasa macam pernah baca tapi di mana ya...
LW,
Deja vu?
Takdak tempat lain... di sini la...
ada tak pen dakwat putih.?! :D
sepa,
ada..... liquid paper.... keh khe k he
Post a Comment