Wednesday, January 23, 2013

Kempen makan pisang

.

Minggu lepas, aku bawa pulang setandan pisang tua dari kampung. Ya, satu tandan pisang, bukannya sesikat pisang. Rezeki. Alhamdulillah. Cuma apabila ia masak, dalam masa 2 hari, kesemua pisang yang setandan itu pun turut masak. Oleh itu semalam aku bawa bekal ke pejabat sedikit, selain daripada dibuat cekodok. Dapat jugalah aku kurangkan jumlah pisang yang masak serentak itu...






Rupa-rupanya pisang yang disejukkan oleh pendingin hawa di pejabat rasanya amatlah sedap. Mungkin juga kerana perut lapar akibat seharian sejuk-beku di pejabat. Itu tak kisahlah. Yang penting, rasanya sungguh nikmat sekali. Maka aku utarakan pendapat aku kepada Mama. Maka keluarlah konversasi seperti di bawah:



Jangan gatal nak bayangkan aku cakap dengan manja ek... aku jantan macho!

Pagi tadi, Mama bungkuskan seplastik pisang untuk aku bawa bekal ke pejabat...





MOH KITA MAKAN PISANG HARI-HARI....   
(Sebuah Kempen Kesedaran Kesihatan)





.

16 comments:

kucingorengemok said...

gapo tokseh sedekoh? (adakah joke di situ yang aku tak paham?)

Kniedaz said...

dah banyak, bagi la sorang sebiji kat member..hahaha....

Nizam.Ariff said...

KOG,
Sila tengok keadaan pisang tu di dalam foto...
Nak bagi kat jiran pun segan...
Daripada kena kutuk belakang-belakang, baik tak payah bagi



Kniedaz,
Biarlah, kalau dia orang nak, dia orang mintak. Aku tak nak bagi macam tu je, nanti boleh menyebabkan kena kutuk... mulut orang zaman sekarang bukannya pandai beradab.

Dr K said...

aku kalau pisang dah ala ala lebam camtu, aku buat jemput2 aja

tasekM said...

tu pisang org buat cekodok, kan..?

aku ni pisang awak dgn pisang rastali pun kengkadang keliru.



.

The Peneroka said...

Kasi je kt monyet ke beruk ke..kompon takde msalah sbb dorg lagi ade adab drpd manusia zman skg.. isy3

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Setandan la, bro.
Dah jenuh telan cekodok pisang. Baik makan gitu je la.. hahaha



TM,
Haah.. pisang cekodok. Bukan pisang emas (sebab dah dibawa belayar) atau pisang tanduk... tapi sedap.. manis gak..



Nur Amirah,
Haaa.... faham pun anda... orang-orang kurang adab ni suka komen rezeki yang dia orang dapat. baik tak payah kasi, tak de sakit telinga... daripada ikhlas jadi sakit hati...

sudipVSsenduk said...

kalau dapat pisang setandan, potong sesikat dua & masuk'n dalam esbok... ia membantu melambatkan pisang tu masak

Nizam.Ariff said...

Sudip,
Oraitttt... nanti kita cuba buat kalau ada rezeki yg lain...

aza ni said...

pisang emas diluar pagar,
pisang awak dalam peti,
baik sungguh budi saudagar,
inilah dia insan sejati
pisang setandan buat cokodok
dikongsi bersama rakan sepejabat,
orang ber"perangai" kita ber"elok"
orang memberi kita mendapat

Nizam.Ariff said...

azani,
pisang ni aku tak tau apa nama dia..
nak kata pisang awak pun bukan
pisang abu pun bukan... pisang kacukan kut...

LydSunshine said...

Kalo dah banyak gitu, kongsi le dgn kawan2. Takde sape yg taksuka dpt makanan free. Derang kutuk ke kalo bawak pisang ari jumaat?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Tak.. dia orang tak kutuk.. DIa orang suka, termasuk aku.
Tapi kondisi pisang aku tu dah dikira sesuai untuk dibuat pisang salai je...

sepa said...

eh ko fermentasi-kan buat vinegar. :)

Jna marcello said...

Btul tu kak Lyd lagi klau nizam tolong goreng kan ranggup2 pastuu panas2 bagi kita makn kan kak Lyd =D

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Eh... ko terer la.. aku tak terfikir pun..


Jna,
dah tak boleh goreng..... nanti tepungnya jadi kelongsong je... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com