.
Seringkali.... kerap kali aku dengar kebaikan sesuatu barangan atau servis keluar dari mulut penjual atau ejen. Baik dari semurah-murah barang seperti cili kering mahu pun semahal-mahal barang seperti sebuah kereta. Mereka itu akan bercerita tentang kebaikan dan kelebihannya.
Itu kerana mereka telah diajarkan skrip-skrip tertentu tentang kebaikan/kelebihan produk mereka. Itu tugas mereka... menjual.
Sejak kebelakangan ini, aku berubah nakal. Nakal aku mungkin disebabkan kocek yang sudah nipis, mungkin kerana rimas dengan kata-kata pujukkan. Kadang-kadang aku meluat pula dengan mereka apabila menceritakan tentang kelebihan produk mereka dan menceritakan kekurangan produk orang lain... kadang-kadang sahaja. Ramai jurujual yang jujur tanpa menceritakan keburukan produk orang lain.
Pada kali ini, aku biasanya akan berhentikan ngomelan mereka dan terus bertanya "apa yang buruk tentang produk awak" atau kalau jurujual itu jenis muka dan perangai yang suka kena buli, aku akan meminta " tolong beri 3 keburukan produk awak..."
Kalau jurujual itu kata, "produk kami semuanya bagus..." atau "setakat yang saya tahu tak ada cacat celanya...", aku akan ketawa menyindir. Kalau yang lebih kasar itu, aku mungkin akan kata "apa ko ingat produk ko ni turun dari syurga?"
Kita semua tahu, tiada produk yang dikatakan sempurna. Setiap kelebihan yang ada akan mengurangi kelebihan yang lain... compromised... trade-off... bak kata orang puteh. Jikalau jurujual itu tidak tahu keburukan produk yang dijualnya, kemungkinan besar dia belum kenal betul-betul produknya itu. Satu kesimpulan mudah. Setiap produk ada keburukan, ada kelebihan.
Kalau nak yang tahan, produk mungkin berat. Kalau nak yang ringan, produk mungkin rapuh. Kalau nak produk yang semua ada, kemungkinan produk itu tak stabil atau terlalu kompleks untuk digunakan. Paling tidak....paling tidak pun harga atau kosnya akan meningkat. Kita mungkin dapat produk yang tahan lama, masih ringan, pelbagai fungsi, cantik.... tetapi harganya mungkin mahal.
Jadi, aku mahu jurujual itu jujur. Kalau dia kata produknya berkualiti yang sederhana dan comparable dengan produk lain tetapi harganya lebih murah, aku akan timbang-timbangkan. Yang penting, jujur beritahu apa kelebihan dan kekurangan produknya.... dan biarkan aku timbangkan sama ada berbaloi membelinya atau tidak.
Hari Sabtu nan lalu, aku berhasrat membeli pendingin hawa. Aku pergi ke sebuah kedai rangkaian elektrik (chain store). Ada pelbagai jenama. Seorang jurujual lelaki datang dan bertanya aku. Aku terus minta dia ceritakan apa keburukan setiap satu jenama... dan kemudian harganya kemudian kelebihannya. Dan dia pun menceritakan keburukan jenama-jenama tersebut berdasarkan jumlah maklum balas / aduan pengguna dan kelebihannya (harga aku boleh lihat sendiri).
Malah dia tolong timbang-timbangkan mana satu yang patut aku beli... dan aku gunakan satu kaedah mudah dan cepat untuk membuat pilihan yang aku belajar ketika di Tingkatan Satu dulu iaitu PMI (Plus, Minus, Interesting) yang diperkenalkan oleh Edward D. Bono.
Lalu aku buat keputusan... walau pun aku sedia maklum apa keburukkannya. Tak mengapa, aku dah tahu. Jika aku tidak bernasib baik, aku tak mengadu kerana aku telah diberitahu dan aku masih membuat keputusan untuk membelinya.
.
11 comments:
penyudahnya air-cond cap apa yg ko beli..?
.
aku ingat lagi dr Edward deBono tuh : YES.NO.PO
hehehe...
TM,
Cap kota raya amerika...
kira ok ke?
Sepa,
Aku rasa masa tu mesti dia muda baya-baya kita lagi ek...?
ooo..tahu jenama tu..ok juga tu..hahaha...
suka jurujual camtu..dia jual tapi dia bagi nasehat juga...
ada adhd dalam kaumku,satu lagi kualiti yg aku lihat perlu,kalis amukan dalam apa jua bentuk,
kniedaz,
SO, jenama tu pun ok gak ek?
Aku dgr dia punya bunyi bising sikit... tapi reliable..
Azani,
nak kalis amukan tu banyak bentuk... satu bentuk jenis telinga tebal, satu lagi jenis sabar, satu lagi memang badan kebal tak lut senjata.... hahaha
cudnt agree more..kalau baik katakan baik.kalau buruk katakan buruk.
bila yang buruk dikatakan baik, itu yang kaki naik ke muka..haha
Jeb,
huh.. komen ko tu pun I cudn't agree more.... hahaha
Alah..barang2 macam tu mmg kilang dah tune in 5 yrs time je sure kong..tak kesah lah cap ayam ke cap sabun ke..
Lola Momon,
betul gak tu... kaau idak, sampai ke sudah tak tukar2 kan...?
Post a Comment