.
Aneh!
Owh.... mungkin 'Ajaib' adalah perkataan yang paling sesuai dan patut digunakan.
Setiap kali Hasri bersolat di ruang utama di Masjid Biru, dia akan tercium bau wangi. Malah, bau wangi itu melekat pada tangannya sehinggalah dia selesai solat dan kembali semula bekerja di pejabat. Sudah 3-4 minggu Hasri perasan tangannya berbau wangi itu.
Adakah ia kesan air Wudhuknya? Adakah kerana 'keberkesanan' Wudhuknya? Adakah dia adalah diantara orang-orang yang 'terpilih' untuk mendapat rezeki itu?
Setelah berminggu-minggu hasri diamkan perkara itu (kerana takut diperli atau tidak dipercayai oleh orang lain), akhirnya selepas Jumaat pada kali ini, dia mahu membuka cerita.
"Din, cuba ko cium tangan aku ni..."
Pinta Hasri kepada Din yang duduk di sebelahnya di bilik mesyuarat itu. Seorang wanita dan seorang lelaki yang menjadi pengerusi mesyuarat hanya memandang Hasri menghulurkan tangan ke hadapan muka Din. Din ambil bau.
"Ada bau wangi tak?"
Tanya Hasri. Din cium sekali lagi tangan Hasri, pada kali lebih rapat ke hidungnya.
"Ha ah... ada kesan bau wangi. Kenapa?"
"Setiap kali aku solat di Masjid Biru tu, tangan aku berbau wangi." terang Hasri.
"So, apa yang peliknya?"
"Aku dah sapu tangan aku kat kaki, aku kepit celah ketiak, aku sapu-sapu kat bontot... celah kelangkang... semua dah aku buat tadi tapi wanginya masih ada lagi. Ko tak rasa pelik ke???" sambung Hasri.
"Celaka kooo...!!!"
Kata Din hampir-hampir terjerit...
[Baru aku tahu, 'Masjid Biru' (masjid negeri Shah Alam) dan sesetengah masjid lain, karpet atau/dan sejadahnya disembur dengan sejenis cecair pewangi]
.
17 comments:
aku agak, Din boleh mengigau malam... hahaha
Din tak pancitkan tayar kereta ko..?
:p
.
heheh..hasri terperasan sekejap...:)
Sepa,
Aku rasa pun... seminggu tak larat makan.. hahaha
TM,
Berani la diaaa... hahaha
Ummuaidan,
Mana la tau... sedikit haruman syurga..... hehehe
Adoila...pengsan!
kniedaz,
kadang2 innocence seseorang itu boleh menyusahkan jiwa orang lain.... hahaha
:)
din kena tanya sambil nyanyi milik siapakah kelangkang itu,ada terbit bau sedap malam,....
ardz man,
;)...
azani,
lepas nyanyi, Din pun muntah.... hahaha
hahaha bengong!
GB,
pekena orang ni syok!!!
Din mesti tgh cari idea nk balas dendam... hahaha...
Aya Yus,
Tak... DIn bukan jenis pendendam... kan Din? kan?
hahaha..hasri poyo!
ehh betul ek depa sembur karpert dengan pewangi?
LW,
Aku dah tanya kawan2 yang biasa solat ke situ... ye la tu kut... nak elakkan karpet berbau hapak kut..
hahahha..siot!
Daddy Ziyyad,
:)...
Post a Comment