Friday, April 12, 2013

Kita sekadar tetamu di hari senja...

.

Senja memanggil pulang sang pengembara
Menangis ia melihat keperihan zaman pencarian
Katanya, " Aku sendiri ".

Perjuangan dulu hanyalah ujian, hanyalah bayangan
untuk menghadapi perang yang utama
hanyalah diriku sendiri

Dan hidayah selama ini
hanyalah Engkau yang kudambakan
dan semoga sejahteralah
Engkau padaku, oh hidayah
dan tanpamu apalah aku
apalah aku tanpa hidayah

Senja memanggil pulang sang pengembara
Menangis ia melihat keperihan zaman pencarian
Katanya, " Aku yatim ".


oleh: M.Nasir





Hari ini, hati aku tersentuh...lagi.

'Aku sendiri dan aku yatim' dalam peperangan yang utama.
dan aku salah seorang yang dipanggil pulang kerana hari kian senja.

fahamilah...



.

9 comments:

PutriPurnama said...

apabila senja hadir
kegelapan pun menerpa
langkah pun terhenti
menghitung nasib sendiri sendiri..

(ku tak ingin mati lagi hehehe..)

Nizam.Ariff said...

Puteri Purnama,
kita boleh berdoa agar belum mati, tapi masanya telah pun ditentukan sejak dulu lagi... kita redah je la... hehehe

Lily Abdullah said...

"Kita datang ini, satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa dosa, bawa pahala"

Aku teringat puisi Pak Samad Said yang Kopratasa lagukan.

Betul eh puisi Pak Samad?

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
rasa-rasanya Pak Samad punya...
aku pun tak pasti...

Lady Windsor said...

perghh..M Nasir punya lagu semua evergreen..tak puas dengar walaupun dua tiga puluh tahun akan datang..

sepa said...

yang pak Samad deklamasikan... ada dlm utube eh.! lg best...

(kerana suaranya keluar dari celah2 misainya yg panjang...

:)

Nizam.Ariff said...

LW,
aku seram bila dgr lagu2nya...
tapi lirik2nya banyak yang bukan dia buat... orang lain yg buat... kan?



Sepa,
kadang2 aku rimas pu;ak tengok misainya tu... macam nak tolong guntingkan je... hahaha

Unknown said...

walau sepayah mana pun kehidupan...kaki harus terus melangkah...

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
tapi kalau kaki tu kena paut .. payah juga nak melangkah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com