Wednesday, May 30, 2012

Puting Beliung di Shah Alam...?

.
Mungkin langit telah menyedut segala air selama hari-hari yang panas seminggu ini.
Mungkin juga akhirnya langit telah menunjukkan belas kepada doa sang katak.
Mungkin juga langit mendengar keluh kesah sang lalang.

Apa-apa pun, ini diantara foto-foto yang aku ambil pada pagi-pagi tadi. 
(Sila klik untuk besarkann)


Arah Timur


Arah Selatan...


Arah Utara...


Maaf, tak ada foto arah Barat sebab kalau ditalakan lensa kamera handphone VGA aku ke Barat, akan terpancul wajah aku. Walau bagaimana pun, aku ingin tegaskan yang aku bukanlah ke-Baratan walau aku berdiri di arah Barat.






.

15 comments:

Nizam.Ariff said...

Rizki Pradana,
terima kasih kerana follow... dan kamu adalah yang ke-100 !!! nomor yang bagus...

Anonymous said...

harapnya, malam ini suhu akan suam. bukan membahang macam selalu.

Nizam.Ariff said...

SM,
aku juga harapkan begitu...
dan aku juga berharap agar tak ada pokok-pokok tumbang atau rumah tanpa bumbung akibat angin kuat tadi...

ASH said...

Oh hujan ek?
.
.
.
aku merayap tempat lain tiga hari yang lalu..
Pinggang pun lenguh lagi..

Nizam.Ariff said...

Ash,
kalau 3 hari bukan merayap dah.. itu menjalor.. panjang sikit peginya... hahaha

ASH said...

huah huah huah..
huah huah huah..
.
.
okay okay..
MENJALOR!!

Nizam.Ariff said...

Ash,
keh keh keh.. menjalor macam batang kangkung... hahaha

sepa said...

ahhh... ko memang mengada.
ko pusing la badan.
dapatla belah barat.

errr... atau ko tak suka pandang ke barat.!!! :p


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku teringatkan lirik lagu ni:
'Jepun pandang ke Barat untuk kemajuan..
Apa nak jadi dengan Malaysia...?"

hahaha

tasekM said...

aku kalau tgk awan gitu dan2 dtg perasaan mcm nk kiamat..

Nizam.Ariff said...

TM,
aku pun rasa gitu.. tu yg cepat2 ambik gambor...

gadisBunga™ said...

aku ada amik gambo awan tu dan post kat fesbuk.

aku nak post kat blog jugak lah. boleh? :D

tapi perasaan aku time tu...sgt gerun... :(

Nizam.Ariff said...

GB,
Boleh sesangat.. jom share kegerunan kita dgn orang lain... hahaha

ckLah @xiiinam said...

Masa kecik dulu, kalau renung awan begitu, ckLah selalu terfikir....adakah Allah ada di sebalik awan tu?


Itu masa kecik dululah.


Cantik gambar kau ambik Jam...

Nizam.Ariff said...

CKlah,
alaaa.... guna kamera handphone beresolusi VGA je.
Ianya cantik sebab memang suasana ketika itu cantik macam tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com