.
Zaman macam ini, apa-apa pun boleh jadi.
Zaman sebelum ini pun sama juga tetapi sekurang-kurangnya asap kelabu tak macam sekarang.
Asap kelabu zaman sebelum ini masih tipis berbanding zaman sekarang ini.
Asap kelabu zaman ini terlalu pekat buat aku sehingga tak ternampak tapak tangan aku sendiri.
Biarpun aku gawang-gawangkan di depan mata, ira-ira tapak tangan aku berbalam-balam.
Sukar nak baca ira tapak tangan, lebih sukar lagi nak teka apa yang mungkin berlaku di depan.
Zaman macam ini, asap kelabu di depan merimaskan.
Tak nampak jalan, toleh ke belakang, sekejap saja jejak tapak hilang.
Ke depan tak nampak, kebelakang pun dah tak ada kesan.
Ke kanan, ke kiri pun sama sahaja.
Lemas, rimas dibuatnya.
Zaman macam ini, apa yang ada cuma apa yang masih melekat pada diri.
Jangan dilihat sangat ke depan, nanti terpaksa bina teka-teki.
Kalau asap kelabu dah pekat, jawapan teka-teki nanti akan jauh kesasar.
Apabila teka-teki tak berjawapan, hati akan bertambah gusar.
Zaman macam ini, semuanya semacam mimpi.
Sedar-sedar sahaja, macam-macam dah mati...
.
8 comments:
Salam Zam,
zaman dulu dulu, tiada duit, ada hati tetap menjadi.
Zaman sekarang ada hati, tiada duit pergi mati.Justru itu jaga lah hati, berhati hati, di hadapan jalan semakin kelam, kesasar jalan, jumpa jalan mati..akhirnya kalau patah, mungkinkan tumbuh , kalau hilang mungkinkan berganti..hahaha
Puteri Purnama,
Rasa-rasanya zaman macam ini kalau patah kena tanam yang lain kut... hahaha
zaman sekarang memang lain macam. Setuju la dgn awk, yang paling penting, apa yg lekat kat badan. Harap2 badan tak berasap tebal mcm jalan di depan.
LyDS,
Dengar kata kat selatan sana jerebu teruk....
ko kena pakai spek, brader.
depa kata : itu glaring, kita yg semakin tua sbnrnya. :)
.
lama tak baca blog ko.! senang2 nanti aku baca yg lain eh. aku tau dlm seminggu tentu dah berkoyan-koyan ko tulis.... babai fren.!
oya, aku baru hapdet blog aku.! sblm ko meracau kat aku sbb tak hapdet... hehehe...
.
sepa,
Ko ke mana?
tak ke mane la bang! cuma tak banyak peluang nak ke blog.!
.
arinih aku ada free skit.!
.
sepa,
masa terluang itu rezeki...
bersyukurlah...
Post a Comment