Friday, August 30, 2013

Bekerja dan beribadah...

.

Salam Hari Jumaat, penghulu hari.

Aku selalu dengar konsep 'bekerja itu satu ibadah'.

Tak lama dahulu, ada seorang ustaz berceramah. Dalam ceramahnya dia ada sentuh pasal 'bekerja itu satu ibadah'. Dia buat satu provokasi. Dia kata bekerja bagi kebanyakkan orang bukanlah satu ibadah. Sebabnya, ramai orang mempunyai niat bekerja sebab nak dapat gaji. Gaji itu pula untuk diguna bayar ansuran kereta dan rumah, selain makan pakai.

Dia kata lagi, lagi besar dan lagi mahal kereta, lebih kuat dia bekerja. Lagi besar rumah, lagi kuat dia kena bekerja. Sedangkan, kalau setakat fungsi kereta untuk bergerak dari point A ke point B, Econovan pun dah cukup. Kalau rumah setakat nak jadikan tempat bermalam, berlindung dan keselamatan, rumah yang kecil-kecil sudah cukup. Kalau selebih daripada itu, ramai orang bekerja sebab nak bayar kereta dan rumah mahal-mahal. Di mana konsep  'bekerja itu satu ibadah'?

Tak mengapa. Itu kata dia.


Ada seorang kawan lain, dia berikan satu dimensi lain untuk 'bekerja itu satu ibadah'.

Ada yang berzikir sambil menaip atau bekerja. Ada yang mengambil waktu rehat untuk mengaji atau mendengar ceramah. Atau menghantar email nasihat. Tapi itu bekerja 'sambil' beribadah. Bukannya 'bekerja itu satu ibadah'.


Salah satu caranya ialah kita bersedekah dalam bekerja. Bukan sedekah wang ringgit atau harta benda tetapi sedekah dalam kerja kita. Macam mana tu?

Katakanlah ada kawan minta kita buatkan satu kerja, maka kita berikan kepadanya lebih daripada yang diminta. Yang lebih itulah sedekah dengan niat kita permudahkan kerjanya. Contohnya, kalau dia kata nak pinjam buku kita, jangan tunggu dia datang ambil tapi kita sendiri pergi menghantarkannya dengan niat itu akan mempermudahkannya. Kalau dia minta data untuk kerjanya, kita berikan sekali sedikit analisis dan ulasan atau maklumat yang berkaitan, dengan niat itu akan mempermudahkannya. Walau pun menyediakan data untuk dia itu sememangnya kerja kita.

Sebagai contoh mudah, kalaulah seseorang itu minta kita belikan ayam di pasar dan dia berikan upah sebagai kerja, kita bukan sahaja berikan ayam itu tetapi siap dipotong, dibasuh dan dimasak sekali... dengan niat dia boleh terus makan... tapi kalau niat kita nak dia ajak kita makan sama-sama, itu lain ceritanya...





.

19 comments:

sepa said...

salam merdeka bro.

lama tak singgah d blog ko eh. baru ada peluang. (aku tak kata aku sibuk, cuma tak berpeluang...).

eh, entri nih aku menatap tajuk lebih lama dari aku menghabis baca... hehehe

.

Umm AA said...

kalau kerja sambil berblog?
hehe..jgn marah yer..gurau jer

anamizu said...

kadang2 kalo jadi baik sgt camtu ada org yg ambik kesempatan pulak atas kita :P

Nizam.Ariff said...

Sepa,
salam merdeka
ko tatap lama sebab fikiran ko ke lain...


Ummu,
itu namanya curi tulang... keh keh keh

Nizam.Ariff said...

anamizu,
haah... betul
bak kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada...

t.a.t.a said...

antara kerja aku adalah memberi consultant. kalau orang tu minta pendapat aku, aku akan letakkan diri sebagai dia, penyelesaian yang macam mana yang aku hendak, dan yang itu juga la yang akan aku cadangkan pada dia.

tasekM said...

aku tau sbb apa sepa lama menatap tajuk.
sbb tajuk asalnya 'berkejar'.

tak gitu sepa..?

:D




.

cinta said...

sahaja aku bekerja hari ini ...... lillahitaala.

sape2 boleh tlg isi tpt 0.

jeb said...

well said bro..well said..

Nizam.Ariff said...

Tata,
ni kira-kiranya kena tau psikologi la eh..?


TM,
Mana ko tau?


Cinta,
kalau aku, err... aku tak pasti nak letak apa... hahaa


Jeb,
aku cuma sampaikan je..

LydSunshine said...

Aku tgh bekerja sambil curi tulang. huhu.

t.a.t.a said...

Common sense aje.

Nizam, tulang siapa yang kau curi?

t.a.t.a said...

Oh silap, bukan Nizam.

LydSunshine, tulang siapa yang kau curi?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Hahaha...


Tata,
tulang bos dia... la tu kut

Dr K said...

Niat come 1st..

Dah pasak niat...gaji pun kena dpt la...Kat dunia tak boleh nak bayar loan rumah dgn pahala.

Some ustaz sempitkan skop harta..tak boleh nak kaya lebih2..padahal Islam tuntut umatnya kaya..supaya anak bini selesa..supaya boleh zakat majukan ummah...

Cuba kau ulas pulak " tidur itu ibadah"...:)

Nizam.Ariff said...

Daddy ziyyad,
...sebab dalam tidur org tak dosa kut?

...sebab bila tidur ruh kembali kpd pemiliknya kut?

...sebab bila tidur we do justice to the body to rest kut?

Kita tanya ulama la, ada ulasannya... hahaha

Unknown said...

kerja memang satu ibadah...bila pekerjaan kita banyak membantu dari pelbagai aspek..dan pekerjaan tu aalah satu pekerjaan yg halal..


#ok ada gaya boleh ganti siti nurbahyah tak? hohoho

Nizam.Ariff said...

Ckk,
Tapi keja tu ada gaji... cemana tu?

ASH said...

berkerja dan dikerjakan..
.
.
.
err
jap..
hari tu kata nak hantar buku..

dah hantar ke belum?
tak sampai sampai pun.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com