Tuesday, May 7, 2013

Post PRU13: Malam yang memang ajaib!

.

Hasri melangkah cepat ke meja makan apabila dipanggil Nita untuk makan malam.
Di atas meja, terhidang Spaghetti cendawan, Rib Eye Steak dan segelas air perahan anggur.

"Sekejap ya, bang." Nita berdiri dekat dengan suis lampu.

*Plop* Lampu terpadam beberapa ketika. Blackout!

*Pling* Lampu dipasangkan semula.

"Whooaaaa...!" Hasri terkejut.
Spaghetti cendawan bertukar jadi Nasi panas, Rib Eye Steak bertukar jadi ikan gelama masin dan air perahan anggur bertukar kepada segelas air suam. Sungguh ajaib. Banyak perkara boleh terjadi bila 'blackout'.

"Malam ini malam ajaib, malam keramat. Kalau kita tutup lampu nanti apa-apa yang di atas meja akan ditukar... errr...bertukar." jelas Nita.


Malam terus merangkak. Hasri masih belum dapat percaya dengan keajaiban 'blackout'. Apa lagi agaknya yang boleh berlaku jika lampu terpadam?

"Abangggg...." Nita memanggil dari bilik. Bergegas Hasri naik ke atas. Tentu keajaiban lain pula yang akan berlaku. Sebaik sahaja Hasri masuk ke bilik, Nita tutup suis lampu.... gelap.

"Err... biarkanlah bergelap..." pinta Hasri.







.

16 comments:

Dr K said...

Air perahan anggur tu adakah jus anggur biasa, atau wine? hahaha

Nizam, dari sumber rapat kenalan atas kenalan aku yg bekerja di pusat kiraan undi yg 'dituduh' blackout itu, sebenarnya tiada insiden blackout pun, dan gambar yg terpapar di FB adalah premeditated. Wallahualam.

Dr K said...

Oh ya, ANON di entri aku semalam tu, bukan aku. Baru pagi ni aku tgk internet, semalam seharian tak bukak komputer.

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
hehehe... selamat menjamu selera...


Daddy Ziyyad,
Aku sengaja tanya siapa ANON tu sebab aku rasa itu bukan ko pun.. sebenarnya aku tujukan soalan tu kepada ANON (kes pukul anak sindir menantu).

Si ANON tu cakap berdegar-degar tapi tak berani nak tunjukkan diri sendiri siapa.... hahaha

Lily Abdullah said...

Aku rasa aku tak buka blog ko dari Sabtu lepas lagi. Produktif gila ko ha ha ha..

Umm AA said...

bergelap lebih baik atau terang bendarang..atau pejamkan mata jer ker...:)

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
amanah... macam Tuk Mun gak nih... hahaha


ummuaidan,
err.. bergantung kepada selera masing2. ada yang suka terang2, ada yang suka kelam2... keh keh keh...
errr... tanya apa sebenarnya nih?

Dr K said...

Nizam, tu la pasal..ANON ni spesis chicken...cakap berdegar degar,tapi takde telur nak reveal diri sendiri...hahaha

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
nasib baik dia tak kutuk ko...
kalau tidak, aku pun terasa gak sakitnya... ceh!

tasekM said...

amboi encik nizam... ko pong pang pong pang cerita pasal ci_na. mak ko pun ci_na gak, kan...?
dia undi melayu tak...?

saja la aku tanya...




.

Nizam.Ariff said...

TM,
ya, mak aku berketurunan Cina.
dan aku tak kecik hati aku berdarah Cina... mungkin itu yang ko tanya kut?

tasekM said...

aku merujuk komen ko dlm blog DrDZ.

cina tak undi melayu.
hanya melayu undi cina.

tu yg aku nk tanya... mak ko undi melayu tak..?




.

Nizam.Ariff said...

TM,
sejak dia uzur ni aku dia tak ngundi dah... masa dia muda dulu2 aku tak tanya la pulak... ko daerah parlimen mana ek? bukit katil ek..?

Dr K said...

Tasek M, bila nak update blog? :P

Oooo..kau kacukan Melayu Cina la ya Nizam...fasih berbahasa cina?

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
aku tak tau cakap Cina... hahaha
kungfu dan kuntau boleh la sikit2....

sepa said...

ko mengundi, tak.?!

eh, aku heran, knp pelik ka melayu undi cina atau cina undi melayu...

sampai skrg aku tak paham korg kat semenanjung tuh... kitaorg kat swak nih agak lain eh...
di sini depa mengundi ada dua sebab jeh :
1) depa mengundi sebab depa tamau bn kalah, dan
2) depa mengundi sebab depa tamau bn menang...

jadi, kesimpulannya : bn tak pernah menang.!!!!


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
sama lah kat sini pun...
ada ABU (asalkan bukan Umno)... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com