.
Ketika itu hujan rintik tetapi disiang tadi panas terik, padahal malam semalam, ketika penghuni malam riang berdendang, hujan lebat mencurah-curah turun pada dinihari. Siapa sangka cuaca boleh berubah dalam masa sehari.
Aku mencari faham lewat malam sebelum tidur. Pencarian tanpa kepastian sama ada aku temui faham itu atau tidak. Fikiran menerawang di lelangit, kalau aku temui sebutir bintang yang tidak berkelip sekalipun aku akan petiknya, nanti aku basuh ia dan aku gilap ia sehingga berkilat dan memercik sinar mengelip. Tapi aku tak temui apa-apa yang tergantung di lelangit fikiran itu.
Juliet menari. Aku tahu dia sedang menari. Aku tidak nampak tapi aku dapat rasainya. Juliet menari di balik alam sana. Berpusing-pusing sambil menyusun tapak kaki, meniti detik-detik masa menuju ke kiamat kubra.
Di balik alam sana, cuacanya berlainan. Siang seperti malam, malam seperti siang. Siangnya penuh dengan bintang dan bulan. Malamnya penuh dengan sinar cahaya benderang, diterangi oleh doa-doa manusia yang beriman, manusia yang mengakui bahawa Allah itu Tuhan yang Esa.
Aku menunggu agar dapat melihat sepicing kelibat Juliet. Kalau aku dapat lihat, aku akan gamit dia. Kalau dia dapat lihat gamitan aku itu, aku berharap dia akan membalasnya dengan senyuman yang amat manis. Kemudian, aku akan meminta dia hulurkan tangannya dan aku akan sambut. Aku akan minta dia tarik aku masuk ke dalam alam dia.
Di situ nanti, tubuh aku akan disimbah cahaya doa sambil melihat Juliet menari keriangan bermain pelangi.
.
9 comments:
Kau di alam sini.
Juliet di alam sana.
Bisakah berlaku sentuhan fizikal?
Tata,
Boleh, jika mahu..
TAk pahammmmmmmmmmmm
Kun Fayakun
Qashmere,
Takpe, ceritanya memang sengaja aku tulis untuk payah nak faham.... hahaha
Boleh cuba baca entri2 label 'Juliet' di blog ini dan di Merong Mahawangsa sebab cerita Juliet ni dah lama...
SvS,
errr... aku pulak yang pening nak kaitkan kun fayakun dgn cerita Juliet nih.. haih!
nak kata cerita mencari lailatul qadar, tak pulak macam tu..hahaha
Daddy Ziyyad,
Ko jangan tanya.. aku sendiri pun tak pasti aku tulis untuk apa.. hahahaa
suka.. suka... suka...
suka coretan sebegini, gaya bahasa yg mempersona. tp kalau meleret sgt, jd malas nk baca. hahaha...
Su@aya,
aku pun kadang2 suka merapu macam ni... hahaha
Post a Comment