Tuesday, September 17, 2013

Perjalanan aku ini ...

.


Dalam perjalanan, semalam, aku sempat melihat Belibis (sejenis itik liar) terbang dari paya berair ke awan mencari sarang untuk tidur malam. Aku juga sempat melihat Walet berdecit mencari lubang untuk masuk ke bangunan. Aku sempat melihat bayang-bayang aku hilang diserap gelap malam.


Aku sempat melihat langit bertukar dari biru kepada jingga. Aku sempat mendengar bisikan bayu petang menitip salam buat malam. Aku sempat melihat Kelkatu terbang sesat lalu merempuh cermin hadapan. Aku sempat berlari dari Agas-Agas yang mahu mencubit kulit untuk meneguk sedikit darah.


Dan dalam perjalanan itu, aku singgah sebentar untuk menikmati sedikit haba panas buat melawan sejuk senja...



Di R&R Behrang


Dan ia mungkin sahabat yang akrab dalam perjalanan ini...





.

10 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Wow...puitis...rnr behrang banyak kenangan indah rietta suka mee kari disana...

Unknown said...

pemerhati alam..:)

Nizam.Ariff said...

HJ,
Mee kari?
Alamakkk... semalam dah pergi ke kedai yang betul tapi terpesan nasi ayam! Dah nampak mee kari nya ada foocuk doreng dsb...


Ummu Amar,
kena tajam baru jelas.. hehehe

Irfa said...

maggi cawan ni ada kala tekak teringin,selamba je bekfes makan maggi ;)

Nizam.Ariff said...

irfa,
walau pun dikatakan makanan low class tapi ada masanya kita cari juga.. hahaha

t.a.t.a said...

okay, speaking of belibis, aku ingat cerita Tamar Jalis pasal orang tu hilang ketika cari belibis.

aku rindu nak baca TJ, tapi nanti aku juga tak leh tidur. huhu

Nizam.Ariff said...

Tata,
bila baca nanti cerita tu sambung dalam mimpi.. best giler..

t.a.t.a said...

best giler sangat la. naik tertekan jiwa raga wei. haha

Nizam.Ariff said...

Tata,
alaa. apa nk ditakutkan, bukan mimpi freddy krueger pun.. hehehe

t.a.t.a said...

Freddy Krueger aku no hal. dia jauh kat oversea sana. dan dia bukan paham bahasa Melayu pun.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com