Pemotong kuku dan 'tapping screw'.
Seperti langit dan bumi.
Seperti ikan di laut, asam di darat...
Tapi, ada sebab kenapa 'tapping screw' itu di situ...
Kuku aku selepas dipotong akan terasa tajam.
Bergerigi seperti gergaji.
Kalau sapu muka nanti bercalar pipi bak pauh dilayang.
Atau kalau terkena seluar nanti tertarik benang...
Jadi aku gunakan 'tapping screw' itu untuk mengikir kuku aku.
Pemotong kuku itu tak ada pengikir kuku.
.
13 comments:
kreatif sungguh..haha..
dlm erti kata pengasah yg sempoi lah nie kan
Rai,
bila keadaan dah mendesak, kepala cepat berfikir... hahaha
Ummuaidan,
Haah, pengasah skru dari kerusi aku ni ha... hahaha
Menjadi ke? Kalo ikut teori macam boleh la tumpulkan hujung kuku nyg bergerigi. Tapi susah skit nak pegang skru tu kan.
Kalo kecemasan ada je ideanya eh...
hihihi lagi idea kecemasan, tak rosak ke kuku tu?
LyDS,
Yup.. tujuannya untuk tumpulkan permukaan bergerigi... nasib baik aku tak gosok kat atas lantai simen je tadi.. hahaha
JunAina,
Otak cepat berfikir bila terdesak kut... hahaha
Puteri Purnama,
Kalau dah cukup kelengkapan, tak payah la nak tanggalkan skru kerusi pula ek.. hahaha
inikah yang dikatakan improvise bro.?
boleh ko terpikir gitu yer.
aku ingatkan, dek kerana kuku tergaru muka, maka dengan 'tapping screw' itu ko cucuk jarijemari berkuku bergerigi tuh, sebab bagi muka ko calar.!!! hahaha
.
kau garikkan kuku kat jalan tar pun boleh jugak ...lagi cepat..hahaha
Sepa,
Aku sanggup balut kuku guna handiplast daripada muka tercalar... kakaka...
Daddy Ziyyad,
Masalahnya aku kat opis.. aku terfikri nak garu kat simen tapi lantai aku berjubin... licin .. hahaha
dulu masa sekolah, bila tetiba ada spot check, haa kau. gigi aje alternative nya.
Tata,
hhahaha.. gigit dan telan untuk hilangkan bukti
ohok! ohok! tercekik!
koyak la anak tekak kau telan kuku.
Post a Comment