Tuesday, October 1, 2013

Hari hari yang mendatang....

.


Ada sesetengah dari kita yang menyangkakan hidup ini adalah rutin yang sama, kadang-kadang membosankan, cuba kita tengok di langit...



Langit Cerah Pagi Tadi...

Dalam perjalanan tadi, aku semacam rasa setiap hari adalah begitu... rutin yang sama aku perlu lalui, jalan yang sama, malah kereta-kereta yang hampir sama dan arah tujuannya...

Kemudian, aku lihat langit... aku lihat awan... dan aku sedar bahawa langit tidak pernah sama, setiap hari corak awannya berlainan..

Setiap hari adalah hari yang berlainan... tidak pernah akan sama.
Walau pun kita lalui jalan yang sama, kita adalah manusia yang berlainan.
Ya, kita bukan manusia yang semalam.
Setiap hari kita menjadi manusia yang berlainan...

Hayatilah hakikat itu.
 




.

21 comments:

t.a.t.a said...

kes tengok langit la menyebabkan aku jatuh motor. salah sendiri. sambil bawak motor, sambil tu dongak tengok langit. kepala rasa piau, tu yang tergolek dok tu.

Nizam.Ariff said...

tata,
lorrrr... cemana kepala boleh jd piaw tuh? ishh...3x

sepa said...

Jalan jem ka bro?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Takde.. itu di simpang trafik...

t.a.t.a said...

macam mana tak pening. tengok langit, kan awan tu bergerak-gerak. jadi aku pun terasa yang aku ni bergerak. oh lupa nak cakap yang masa tu motor tu memang tengah berjalan pun.

macam di trafik light. kalau kita berhenti sebelah lori atau bas yang lebih besar dari kita. bila depa bergerak, kita pun rasa kita bergerak kan?

haa macam tu la rasanya.

Nizam.Ariff said...

Tata,
oooo... aku selalu buat gitu masa kecik2 dulu bila naik beskal.. kalau jatih pun tak la teruk sangat jadinya... memang betul, kepala boleh pening kalau bergerak sambil tgk langit...

LydSunshine said...

Tentang awan yang berbeza setiap hari tu dah lama aku perasan. Lukisan alam yang sangat indah. Hiburan alam yang sungguh menarik utk dihayati. Aku mmg sukakan awan dan langit.

*aku masih gigih membaca buku mimpi ko tu. Terpaksa juggle dgn rutin yg bz kat rumah. Skrg tgh baca pasal mimpi ko yg askar ramai2 gi solat jumaat dan khutbah jumaat yg ko dah tak ingat berkenaan khurafat tu.

Su @ Aya said...

Betul la.. kita memang manusia yg berlainan setiap hari. sebb umur kita bertambh kan. hmmm.. sedar diri... sedar diri.. (ckp kat diri sendiri).

terima kasih kerana peringatan ini tuan encik.

Umm AA said...

setiap hari semakin tuo tuh..

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Tahniah kerana anda gigih menghayati langit yang sentiasa berubah... dan tahniah juga kerana cuba menghayati mimpi-mimpi aku tu... cuba ambil apa-apa yang tersirat dalam mimpi aku tu, mana tau ada gunanya...


Su@Aya,
sama-sama cik puan... kadang-kadang peringatan itu datang dari sumber yang kita tak perasan...


Ummuaidan,
Ya... masa takkan sama lagi dah... ia terus berlalu pergi...

Kniedaz said...

aku suka tengok langit aku suka tengok awan..betul juga kata kau tu...
tapi aku takla tengok awan/langit waktu memandu macam t.a.t.a karang tak sampai umah plak
hahaha

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
dalam kata lain, 'melongo' namanya.... hahaha

t.a.t.a said...

haah melongo. tak perasan depan tu ada titi besi, teragah-agah, haa termelongkang jadi nya.

Nizam.Ariff said...

Tata,
kat kpg aku tak ada longkang, yang ada parit... masuk parit la jawabnya

t.a.t.a said...

kalau masuk parit biasanya dengan basikal aje. lagi banyak kali.

yang dengan motor tu longkang nya bersambung dengan parit. itu pasal ada titi besi. dan kejadian tu dalam ladang kelapa sawit Guthrie, sebelah rumah.

Nizam.Ariff said...

Tata,
kecik2 dah pandai bawak motor eh..

t.a.t.a said...

Motor masa tu dah besar sket. Form 4. kecik-kecik layan beskal je.

Nizam.Ariff said...

Tata,
ooo... ingat tadi sekolah rendah dah pandai bawak motor masuk ke longkang...

t.a.t.a said...

tak la.

Dr K said...

Break the routine..itu yg perlu kita buat. Kalau tidak, mmg rasa hidup monotonous.

PS: breast milk mmg mengandungi cholesterol :)

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Aku baca tadi 'monopouse'... ceih punya mata.
Ooo... ada kolesterol ek... sib baik aku tak minum...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com