.
Ada sesuatu yang aku pelajari pada hari ini.
Aku telah bertemu dan bermesra dengan ramai orang. Salah satu sebabnya, aku telah agak lama hidup. Sesuatu yang aku tak mampu tahan diri aku ialah mencuba memahami karekter mereka...atau membina profil diri mereka. Ramai orang tidak sukakannya.
Aku dapati...mereka yang berpandang jauh lebih kuat risaunya berbanding mereka yang berpandangan sederhana jauh dan dekat, jika ada cabaran tertentu dalam hidupnya.
Pelik? Memang pelik kerana mengikut kefahaman biasa, mereka yang melihat jauh ke hadapan akan lebih bersedia dan oleh sebab itu, mereka menjadi lebih tenang...
Tetapi tidak semestinya begitu!!!
Seperti yang aku katakan tadi, aku membaca karekter peribadi mereka. Jadi biasanya mereka yang berpandangan jauh akan sentiasa cuba melihat yang jauh-jauh. Membuat perancangan untuk 5 ... malah 10 tahun ke depan. Untuk membuat perancangan sebegitu, mereka perlukan maklumat dengan darjah kepastian setinggi yang boleh.
Apa akan jadi jika mereka itu tak mendapat maklumat atau input yang diperlukan? Apa akan jadi jika darjah ketakpastian adalah tinggi? Apa akan jadi jika yang dilihat hanya kelabu?
Mereka akan risau...mereka akan lemas dalam lautan kebarangkalian yang terlalu luas untuk mereka renangj, terlalu dalam untuk mereka duga. Oleh kerana memang sifat mereka perlu ' nampak ' apa yang jauh di depan, kekelabuan akan menyebabkan mereka gelabah... malah mungkin kecewa kerana gagal merancang.
Berbanding mereka yang melihat apa yang ada di depan, mereka ini lebih bersifat ' happy go lucky ' dan kurang risau dan resah. Kerana input yang diperlukan adalah lebih dekat...lebih dekat bermakna lebih pasti. Mereka ini juga lebih pasrah dan redha.
Aku adalah dikalangan mereka yang suka melihat jauh ke depan...dan aku sering risau...
.
18 comments:
jgn risau bro
berapa lama pun kita boleh hidup...65 tahun? 75 tahun ? 85 tahun?
azani,
tengah cuba mengikis risau...
Daddy Ziyyad,
kita hidup pada hari semalam...
hari ini dan esok belum tentu ada usia lagi...
aku ingat cikgu aku cakap dl bekerjalah kamu seolah2 tuk hidup 1000 tahun lg (pndg jauh), beribadatlah kamu seolah2 akan mati esok..(pdg dekat)..jadi?
aku boleh membaca keperibadian seseorang, tapi aku tak pernah tahu how to beritahu dalam bentuk perkataan. bila seseorang itu memenuhi tanggapan aku, aku akan, hmm.. betul la apa yang aku fikir.
Ummuaidan.
Kalau tak silap maksudnya kalau bekerja tu kerjakan bersungguh sungguh dan beribadat pun kena sungguh sungguh. Kena seimbanglah...jgn kerja sungguh sungguh tp ibadat ambil mudah. Itu ustad kata.
Tapi ada kwn tarekat pulak kata kena dulukan ibadat sbb kalau esok akan mati apa gunanya harta seribu tahun itu.
Jd eloklah ambil jalan tengah...pastikan harta dunia yg dicari itu juga dibelanjakan utk akhirat juga...dapat 1000 tahun dunia dan dapat ibadah juga. Allah Maha Mengetahui.
Tata.
Aku advise jgn beritahu...kecuali didesak olehnya.
ok. i like. couldn't agree more.
have a nice day bro.
.
cheh.! ko nampak tu.! aku komen dalam bahasa omputeh... hahaha...
in a nut shell, you are : a ball of fire.
.
see... bahasa omputeh lagi.
.
sometimes... the things we saw, the things we heard, the things we thought... the annihilation, the catastrophe, the apocalypse... is just : a tempest in a teapot...!
.
have a nice day bro.!
sepa, aku kagum dengan keomputehan kau.
berbelit lidah hendak menyebut, menyelirat otak hendak mentranslatekan nya.
peace yo!
tata, ko tak dengar bahasa omputeh Dino lagi...!
bukan setakat berselirat otak, urat otak boleh tersesat ke jantung...! hahaha
wah, itu dah tahap langit ke berapa puluh dah tu.
kagum aku!
puluh, idak le yop. tujuh lapis je eh.!
Dino pun cakap langit ada 7 lapis.
tak caya, tanya dino,
Sepa,
Segala-galanya... semuanya hanya sekadar pusaran di teko teh? Alangkah mudahnya kalau hidup berkalangkan itu.... hahaha
Tata,
Langit ke 21... hahaha
Dah habis mimpi?
Sepa,
Langit 21 ... lapisannya 7 je...
Selebihnya? terlipat di dalam kalbu... hehehe
nizam, itu lagi mendalam maksudnya.
Tata,
Suruh Sepa explain... dia pandai... hehehe
kalau nk buat keputusan cepat, tak payah pikir panjg2, jauh sangt ke depn, masa tak menunggu kita!
tapi kalau masa tk menjadi halangan, fikirlah panjang2, jauh ke depan, utk membuat keputusan. itu perlu utk masa depan yg tiada kepastian.
SU@AYA,
....dan berfikir panjang itu amat memeritkan...
nak xplen mende bro.?!
21? itukan nombor jeh?! omputeh kata twentyone.
.
selamat malam bro...! hahaha
.
Post a Comment