Monday, November 4, 2013

Conservation of Information...

.

Selama ini aku cuma dengar tentang prinsip keabadian tenaga... alih-alih ada pula prinsip asas Fizik yang dinamakan prinsip keabadian maklumat. Apa ke jadahnya ini?

Aku pertama kali dengar dari si mamat ini... jadi cuba klik link Professor Susskind ini. Antara katanya, 'Obsolute knowledge is when entropy is 0'. Lebih banyak yang kita tahu, lebih kecil entropy atau ketakpastian atau kecelaruan dalam suatu sistem. Kekurangan maklumat / pengetahuan akan meningkatkan kecelaruan atau entropi. Keabadian maklumat digunakan oleh sains komputer sejak tahun 80an tetapi prinsip itu juga digunakan dalam kuantum fizik kerana ia melibatkan probability.

Atau kalau nak baca terus tentang perdebatan Stephen Hawking dan Susskind ini, boleh baca buku berajuk 'The Black Hole War'. Aku tak ada tetapi aku akan cari nanti.


Ada satu soalan daripada Daddy Ziyyad, adakah information itu berjisim? Hmm... dari apa yang aku temui, information adalah salah satu physical quantities seperti suhu, tenaga... dsb. Ia bukanlah mempunyai zat yang tertentu yang unik untuknya. Contohnya, suhu adalah physical quantity yang mana ianya sukatan untuk tenaga haba.

Jadi, informasi / maklumat tidak berjisim?

Surah Az Zalzalah, ayat 7 & 8 diterjemahkan sebagai:

7: 'Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya.'
8: 'Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya pula.'


Apa-apa perbuatan / kejadian akan dicatatkan dan akan ditimbang di akhirat kelak. Catatan itu adalah maklumat dan maklumat itu akan terpelihara sehingga ke akhirat. Ada sesetengah ulama berkata maklumat itu akan dipadam, atas izinNya, jika sempat bertaubat. Tuhan lebih Mengetahui.

Menarik sungguh surah tersebut. Selama ini ustaz mengatakan 'zarah' itu menunjukkan 'walau sekecil mana pun perbuatan' pasti akan dicatatkan. Namun kalau dilihat dari segi lain pula, mungkin juga ada perkaitan 'zarah' dan 'maklumat'. Ada sebab kenapa 'zarah' digunakan dalam ayat itu.

Adakah ayat itu ingin memberitahu bahawa bentuk catatan itu mempunyai sesuatu yang fizikal?

Atau lebih dalam lagi, adakah catatan itu berjisim? Bagaimana pula tentang takdir? Adakah takdir juga catatan? Kalau dicatat, ia juga adalah berbentuk informasi dari satu sudut dan berbentuk rahsia pada satu sudut yang lain.

Kalaulah maklumat itu berjisim, seperti mana jisim fizikal wujud yang baharu, yang diwujudkan oleh Tuhan bersama-sama alam ini, bermakna informasi / maklumat / catatan adalah bersifat makhluk. Makhluk sifatnya tidak kekal... tidak abadi. Jadi, Prinsip Keabadian Maklumat itu hanya benar untuk kehidupan di alam dunia?

Bagaimana pula dengan Luh-Mahfuz? Ia tempat simpanan segala catatan dan maklumat. Adakah ia bersifat  makhluk? Oooppssss.... tak boleh bincang yang ini. Dikalangan ulama pun masih diperbincangkan. Sama seperti Al-Quran, yakni Kalam Allah itu juga, para ulama masih berbeza pendapat.

Cukup...cukup... jangan sentuh pasal zat. Ia sudah terlalu jauh untuk orang seperti aku.


Ada kawan-kawan yang mulutnya nakal (bukan Daddy Ziyyad), suka bertanya soalan-soalan tentang zat untuk sesuatu yang Sirs (rahsia), termasuk zat ketuhanan.
Jawapan aku mudah:

Buat yang disuruhNya, tinggalkan yang ditegahNya. Buat amalan yang baik-baik untuk mendapat RahmatNya... dengan harapan nanti akan masuk ke syurga dan mendapat kurnia yang paling-paling utama iaitu dapat melihat Wajah Allah. Hah! Ketika itu nanti tanyalah semua soalan itu... termasuk soalan-soalan tentang Kuantum Fizik.





.

16 comments:

t.a.t.a said...

dalam erti kata lain bertakwa dan bertawakkal sahaja.

t.a.t.a said...

another curiosity, "suhu adalah physical quantity yang mana ianya sukatan untuk tenaga haba."

is cold also tenaga?

Nizam.Ariff said...

Tata,
you knew the answer..... hahaha.

t.a.t.a said...

honestly I'm not sure what the answer is. is it no or is it yes or is it the absent of something?

Bunda_nora said...

Salam Maal Hijrah dari Bunda...

duniaspasi said...

Meyakini kebenarran sesuai kata hati mungkin ya akan lebih tenang menjalaninya, dengan locomotif ayat2 yang ada pada Al Quran :)

ASH said...

tengok tajuk macam subjek Fizik jer...
hmmmmm..
jap...
.
.
macam menarik sebab masuk ayat Quran tu..
.
.
nak komen tak reti.
otak tepu buat masa nih!
hehehe

Nizam.Ariff said...

Tata,
The third one...absent of something.
Cold is absent of heat...


Bunda,
Salam jua buat bonda...

Duniaspasi,
Ya, kalau kedua dua cocok enggak ada masalah. Kalau enggak, pusing kepala deh...


Ash,
Memang asalnya fizik tapi aku fikirkan dari sudut lain...
Semoga tabah ya kak...ada sebab yg lebih baik kenapa ia hanya hadir lapan minggu shj...

t.a.t.a said...

Thanks Zam, thought so.

ASH said...

Nizam,
well..
Allah Maha Mengetahui...
Kita semuanya diuji
.
.
.
smile

Nizam.Ariff said...

Tata.
Sama mcm gelap vs terang...

Ash.
Rezeki itu masing masing.

t.a.t.a said...

cold heat. terang gelap.

jap, cam pernah baca aje somewhere?



oh yaa.... tahu. ingat.

sepa said...

Naluri aku berkata...
'Hidup harus banyak cinta...'

.
Salam maal hijrah bro....

.
P/s : kerana cinta dunia jadi selesa... Angkasa pula akan nampak seperti sebuah ruang kasih sayang. !!!!!


.

Nizam.Ariff said...

Sepa.
Cuti panjang sikit je ko dah lemau dilamun cinta...hehehe
Post office bukak Isnin tu ari eh...

Dr K said...

Kalau information itu berjisim, bayangkan betapa 'padatnya jisim' dalam sebuah thumbdrive? :)

Maaf bertanya...penafsiran tentang " zarah" dalam Surah Al Zalzalah tu, adakah ianya 100% menuruti apa yang kau faham dan cuba jelaskan, ataupun kau ambil dari mana mana kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Katsir / etc? Sebab kita boleh mengandaikan, tapi tafsiran ayat Al Quran itu mmg memerlukan ilmu yang tinggi, dari yg pakar...Jgn salah faham, kalau ianya bukan dari mana mana kitab tafsir, aku tak salahkan kau pun...sebab akal ini tuhan ciptakan utk kta berfikir, asalkan apa yg kita fikir itu, akhirnya kita sandarkan semula kepada petunjuk kita yg 2 itu ( Al Quran dan Sunnah baginda SAW)...:)

Menarik kan berbincang tentang benda ni...Aku minat tentang benda2 macam ni, sejak aku kenal Prof Michio Kaku di Discovery Channel :) andai aku ada minat dlm bidang ni awal lagi( sejak zaman sekolah), aku rasa aku tak akan ambil medic..hahahaa

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Pasal 'zarah' tu, aku tak kemukakan pendapat tetapi aku ajukan soalan... semoga ada yang diluar sana boleh berikan tafsiran.
Namun untuk menafsir sesuatu itu perlukan ilmu juga. Mungkin ulama-ulama terdahulu tidak terdedah dengan ilmu fizikal moden. Namun jika ada ulamak moden yang sudah terbangun dengan ilmu moden, mungkin tafsirannya berbeza...
Ada yang kata ayat AlQuran itu mempunyai lebih daripada satu tafsiran... ada yang kata 70. Kalau seorang ulamak mentafsirkannya begitu, mungkin ada 69 ulamak lagi boleh menafsirkan yang berbeza... mungkin.

Teorikal fizik ini bukan untuk kerjaya, aku rasa. Ia lebih kepada minat di waktu senggang.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com