Wednesday, January 8, 2014

Aku? Hasri?

.


Ibarat mengejar segumpal kekabu dalam angin ribut bercelaru... itu Hasri.
Bukan aku.

Kekabu putih terbang awang-uwung di dalam bilik ditiup angin menderu... itu kalbu Hasri.
Bukan aku.

Dalam ribut sesenja itu, Hasri menadah titis-titis air yang menitik-nitik jatuh dari lelangit jiwanya. Bukan air mata. Bukan air matanya...kerana Hasri seorang lelaki. Kalau setakat ribut sakal seperti itu, biar pun songsang anginnya, Hasri masih mampu berdiri bermenung di muka pintu menanti teduh tiba... itu Hasri.
Bukan aku.

Aku bukan Hasri. Aku bukannya Hasri yang jiwa lelakinya seperti batang Nibung di muara, ombak datang menderu terpecah, namun patah tidak juga.

Aku bukan Hasri.
Jiwa aku ada lemahnya.






.

7 comments:

cinta said...

Mungkin bukan lemah, tapi lembut.
Lembut itu satu kekuatan.

Kniedaz said...

kau lemah dengan siapa/apa?

Nizam.Ariff said...

Cinta,
Mungkin juga.... tapi goyah juga..


kniedaz,
lemah dengan dugaan dan cabaran dalam hidup... lemah dengan bisikan setan... mcm2 lemahnya...

Qashmere said...

Puitis betul mamat ni. hehe

Nizam.Ariff said...

Qash,
Alaa..sekali sekala luahkanlah apa dalam dada...

t.a.t.a said...

Hai Hasri. Lama tak nampak nama.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Hai Tata...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com