Wednesday, January 1, 2014

Tahun 2014...

.


Selamat Tahun Baru 2014.

Apa yang baharunya? Selain daripada nombor pada angka 'sa' yang berubah, entah apa lagi yang baharunya. Kita anggap 1 Januari itu lebaran yang baharu tapi sebenarnya sebab tiada bulan lain selepas Disember,1 Januari itu hanyalah permulaan pusingan calendar.


Apa yang ada pada tahun baru?

Entahlah...kita tunggu dan lihat.
Bunga-bunga dugaan sudah berputik, tinggal tunggu kembangnya sahaja.
Kesedihan bagi yang sedang bersedih. Kesakitan bagi yang sedang sakit.





Tapi elok juga kita fokuskan jauh dari kesedihan dan kesakitan.
Fikirkan kegembiraan apakah yang bakal muncul di tahun 2014 nanti. Tidaklah hanya fikirkan cabaran sahaja. Kita fikirkan Ramadhan dan Syawal, kita fikirkan cuti-cuti yang bakal ada untuk kita pulang ke desa, kita fikirkan kesempatan-kesempatan lain untuk kita rebut. Dengan kata lain, kita berdoa agar diberikan kesempatan untuk menikmati kegembiraan di Tahun 2014 dan bukan kesedihan.


Salam semua.




.

5 comments:

Umm AA said...

selamat tahun baru..
betul tuh kena berpikir ngan positif jgk..setelah redha.
mungkin ade sst yg baik bakal berlaku wallahua'lam kan...

t.a.t.a said...

Bengkeng ubi pun sedap apa? Tapi tak nak la manis sangat. Keras pun jangan.

Selamat tahun baru Zam.

Kniedaz said...

senang aku baca entri ko kali ni..straight to the point..sedap la bengkang ubi tu..lepas ni fikirkan makanan zaman dulu yg simple tp sedap..dan murah...selamat tahun baru

Dr K said...

hahahahaha...utk " selamat Tahun Baru 2015"....letak gambar ' biskut kering ' aja..

Nizam.Ariff said...

Ummu.
Fikirkan harapan..bkn ketakutan...

Tata.
Aku pun suka bgkang ubi tapi kalau mkn byk2 nnt asyik kentut je...

Kniedaz.
Hahaha...nanti aku tulis berat2 balik la...

DaddyZ.
Haah la...2015 dah ada gst kat byk barang...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com