Monday, November 10, 2014

Interstellar movie - is about science?... in Melayu.

.


Hari Ahad lepas (semalam), kami pergi menonton wayang Interstellar. Ariff yang beria-ia mahu tonton. Aku tak tahu apa cerita Interstellar itu tapi bila aku tonton, aku dapati ianya seperti belajar mekanik kuantum dan astrofizik 101. Banyak perkara yang terlintas untuk ditulis tapi aku tak tahu hendak mulakan dari mana.


Plot

Ceritanya berkenaan bumi yang sudah tidak sesuai untuk didiami manusia akibat perubahan cuaca dan sejenis hawar yang menyebabkan bumi tidak lagi mampu menampung pengeluaran makanan dunia. Jalan keluar dari masalah itu ialah dengan mencari planet di galaksi yang lain yang sesuai untuk manusia tinggal. Hampir keseluruhan cerita ini adalah tentang pengembaraan sekumpulan astronaut pergi mencari planet itu. Dalam pengembaraan itu mereka menempuh pelbagai cabaran: wormholes, black-hole, time dilation, event horizon, singularity, gravity...segala jenis istilah yang kita boleh jumpa dalam astrofizik. Aku tak berminat untuk buat review. Kalau nak tahu, silalah tonton.

Filem ini cuba membawa kita mengembara ke angkasa raya, mengembara untuk mencari bintang / planet yang sesuai untuk manusia. Di sana, filem ini cuba memaparkan apakah yang mungkin boleh kita temui yang selama ini hanya muncul di saluran Discovery 554. Ia cuba gambarkan secara visual bagaimana fenomena-fenomena sains ini berlaku.

Ketika separuh cerita, aku toleh kepada Mama. Aku berbisik kepadanya "Boleh faham cerita ni ke?". Mama geleng-gelengkan kepala. Aku tanya kepada Ariff pula, dia mengangguk tanda faham kerana Ariff telah aku berikan asas tentang sains sejak kecil lagi. Jadi, aku rasa mungkin ada di kalangan kita juga payah untuk menggambarkan apa yang berlaku berdasarkan sains. Aku puji kesan efek visualnya yang oh-sem...tapi ada beberapa perkara asas yang didapati menyanggah pandangan sains sendiri. Aku simpan dulu komen yang ini.



Menjelajah bintang melalui Wormhole?

Mencari planet yang sesuai seperti bumi bukannya mudah. Malah, Marikh yang berdekatan dengan bumi juga tidak seperti bumi. Sebenarnya bumi berada di kedudukan yang dirahmati untuk manusia. Jika kita jauh sedikit dari matahari, kita akan menjadi seperti Marikh - sejuk dan tiada atmosfera. Jika dekat sedikit kepada matahari kita akan menjadi terlalu panas dan menyebabkan air menjadi wap, Bahkan bumi sendiri mempunyai suhu dan musim yang berbeza - ada gurun, ada ais dan ada hujan. Itu bumi baru sendeng beberapa darjah, dah ada pelbagai musim.

Jadi, kemungkinan untuk jumpa sebuah planet yang sesuai untuk manusia hidup tentulah besar HANYA jika ianya wujud di luar sistem bintang kita (sistem solar). Ya, filem ini berkaitan dengan probability atau kebarangkalian. Apakah kebarangkalian untuk kita temui sebuah planet seperti bumi? Google ada jawapannya.

Bintang terdekat adalah beratus tahun perjalanannya. Untuk mencari sebuah planet seperti bumi? Mungkin beribu tahun perjalanannya. Namun filem ini memberi penyelesaiannya dengan fenomena Wormhole. Wormhole ini ibarat jalan pintas untuk ke satu tempat lain. Melalui 'lubang cacing' ini, kita dapat pergi ke tempat lain dalam masa yang singkat.

Namun semuanya masih lagi teori. Tak ada bukti fizikal ditemui. Jangan samakan dengan 'warp' di dalam filem Star Trek. Dalam Star Trek, 'warp engine' yang menggunakan jirim antimatter, secara teorinya, tenaga yang dijana dikatakan mampu membuat pesawat terbang lebih laju dari cahaya. Dalam filem Stargate, gerbang batu itu adalah pintu kepada Wormhole.

Fenomena Wormhole lebih kepada kejadian alam seperti taufan dan ribut. Adakah Wormhole boleh dicipta? Secara teorinya boleh tetapi untuk membuat Wormhole yang besar dan tahan lama, ia memerlukan jumlah tenaga yang banyak. Jumlah tenaga itu mestilah cukup untuk menarik fabrik ruang-masa dan menahannya... sama seperti kita menekan kedua-dua sisi belon dengan jari telunjuk sehingga jari-jari itu bertemu dan mengekalkan kedudukan jari itu bercantum sedangkan permukaan belon yang elastik itu cuba menolak semula jari-jari supaya belon kembali ke bentuk asalnya yakni sfera.

Allah SWT. berfirman:

"Wahai golongan jin dan manusia jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah!! Kamu tidak akan mampu menembusnya kecuali dengan kekuatan (Dari Allah SWT)". (Ar-rahman 55:33)

Banyak tafsir menyatakan 'kekuatan' itu adalah kekuatan ilmu. Maknanya, manusia yang berilmu akan mampu berjalan melintasi langit dengan ilmunya. Ada juga yang terjemahkan 'bissulthon' sebagai 'dengan diberikan kebenaran oleh Allah', seperti berikut:

55:33
O company of jinn and mankind, if you are able to pass beyond the regions of the heavens and the earth, then pass. You will not pass except by authority [from Allah ]. [Ar-Rahman 55:33]


Namun yang pasti, Allah tidak menegah untuk kita merentasi alam. Allah juga tidak mengatakan ianya mustahil untuk direntasi. Jikalau kita mempunyai syarat kekuatan dan kebenaran, kita mampu merentasi alam. Dan perkataan 'penjuru langit' atau 'beyond the regions' itu menggambarkan seolah-olah dinding batasan langit. Jika kita berjaya lintasi atau 'menebuk' dinding langit, ke daerah langit mana pula kita akan muncul? Adakah langit itu seperti langit kita? Ataukah langit itu bermakna lapisan alam? Dalam sains, ianya dipanggil dimensi.


Dalam filem Interstellar, Wormhole itu digambarkan berbentuk sfera dan bukannya seperti satu tebukan lubang pada dinding. Ianya seperti buih (bubble) yang mengembang. Apabila kapal angkasa itu masuk ke dalam Wormhole, ia masuk ke dalam 'higher dimension'. Apakah maksudnya? Jika kita ini hidup dalam dimensi  3+1 (tinggi, lebar, tebal + masa), dimensi tinggi bermakna ianya lebih daripada 3+1. Ia mungkin 5 dimensi, di mana masa dianggap sebagai dimensi yang ke-4 (bermakna masa mempunyai fizikal) manakala dimensi yang ke-5 adalah satu lagi ruang jarak selain daripada tinggi, lebar dan tebal (x,y,z)... bagaimana tu? Entahlah, aku pun tak faham... hahaha.


41:12

And He completed them as seven heavens within two days and inspired in each heaven its command. And We adorned the nearest heaven with lamps and as protection. That is the determination of the Exalted in Might, the Knowing. [Fussilat 41:12]

Ada beberapa perkara yang menarik di sini:

  • Langit yang paling hampir dengan bumi dihiasi dengan 'lampu', yakni bintang-bintang, matahari dan bulan dalam tafsir lain, untuk menjadi navigasi kepada manusia (surah an-Nahl ayat 16). Jadi, 'langit' atau alam angkasa yang mempunyai bintang-bintang dan galaksi yang kita nampak dengan mata kepala kita ini adalah langit yang paling hampir. Bagaimana mana dengan 'langit' lain? Setahu kita alam angkasa atau 'universe' ini berbintang dan bergalaksi. Jadi, adakah 6 yang lain itu tidak berbintang?Dan dimanakah langit-langit itu?
  • Atau, mungkin langit yang lain itu sebenarnya adalah 'dimensi'... satu satah ruang-masa yang di luar daripada ruang-masa kita tetapi duduknya hanyalah bersebelahan. Dinding satah ruang-masa antara dimensi inilah yang memerlukan kekuatan tenaga atau ilmu (dan kebenaranNya) untuk ditebuk dan dirobek supaya kita dapat menyeberang ke alam sana. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan sempadan alam yang mana jinn dapat masuk-keluar...dan sesetengah manusia yang berilmu dapat merentasinya. 
  • Manakala '...as protection.' pula jarang kita ambil peduli. Kenapa dan bagaimana pula bintang2 dan planet2 dapat diguna sebagai perlindungan kepada kita? Apakah jenis perlindungan yang bintang2 dan planet2 itu berikan kepada bumi? Cahaya bulan dan matahari banyak memberi manfaat kepada manusia, itu kita sudah sedia maklum. Namun begitu perlindungan apakah yang diberikan oleh Marikh, Zuhal, Musytari dsb kepada bumi? Melalui cerapan teleskop bumi atau angkasa, angkasa bukanlah kosong. Ia dipenuhi dengan puing-puing bintang dan debu angkasa. Di dalam sistem solar kita sendiri ada selapisan ruang yang dipenuhi dengan meteor dan batu2 angkasa. Malah, pada setiap masa bumi dihujani dengan batu2 dari langit ini. Batu-batu yang besar, jika melintas, biasanya akan ditarik dan dihancurkan oleh graviti Musytari, Marikh dsb sebelum sempat sampai ke bumi. Malah bulan sendiri menerima hujanan meteorite ini. Lihat sahaja permukaan bulan. Baru-baru ini sebuah lagi meteor telah ditarik, hancur dan jatuh je permukaan Marikh. Bayangkanlah betapa planet2 ini seperti perisai kepada bumi.

Cukup dulu... nanti2 sambung. 
Dah panjang.





.

4 comments:

Su @ Aya said...

ok, paham sikit2.

tapi seriusly aku tak suka citer2 star trek, stargate, planet apes, atau aper2 citer angkasa ni. tapi dulu2 masa kecik, layan la jugak star wars. hehe...

Nizam.Ariff said...

Su.
Aku pula suka ...haha
Mungkin sbb aku suka cuba memahami alam ini...

Bunda_nora said...

Assalam,
salam pagi dari bunda...lama sangat dah tak singgah blog ni...

Nizam.Ariff said...

Bunda.
W'salam, bunda.
Sama-sama sibuk, bunda.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com