Wednesday, March 25, 2015

Arah mana rezeki datang?

 .


Makan malam Nasi Ayam Penyet.
Tempat biasa dan lauk biasa.
Dan biasanya, aku mahu semangkuk sup kosong
Tak biasa kalau makan nasi tak berkuah
Terasa janggal, kekok hendak menyuap
Tapi pada malam itu, aku terlupa untuk minta
Dah tiada rezeki aku untuk makan berkuah agaknya

Lalu....hidangan pun sampai
Dan tiada semangkuk sup...


Cabei Rawit....pedaass...tapi sedap!



Lalu aku makan tanpa berkuah
Pedasnya....fuuhhh...berapi lidah
Dan nasi kurasakan kering

Tiba-tiba Mama perasan
Tiada tauhu dan tempe goreng
Mama panggil pelayan, Mama minta
Pelayan pun pergi ke belakang
Lantas hilang ditelan kesibukan
Beberapa ketika, pelayan datang semula
Sambil menatang dua mangkuk sup kosong
"Maaf, tauhu dan tempe sudah habis. Sup ini gantinya"


Ahhh....ada juga rezeki sup aku kali ini
Dan....lebih baik lagi...dapat dua
Dan ianya percuma!


Perancangan Allah itu lebih baik.
Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Allah itu Maha Mendengar




(aku suka meneka dari arah mana datangnya)


.


10 comments:

cinta said...

Kamu manusia yg bahagia.

:)

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Kita semua bahagia...cuma kena lihat dari sudut mana.

ewanthology said...

Klu dah rezeki, xkan kemana :-)

tasekM said...

aku pulak suka mkn nasi kering tanpa kuah.

aizamia3 said...

Tanpa kuah rasa macam tak lengkap hidangan yang ai makan.. ;)

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Ya....dah tertulis...

Tasekm.
Ko takut tersedak time makan eh?

Aizamia.
Yezz...terasa payah nak proses dlm mulut...haha

Tijah said...

Aku mcm tas. Suka kering2.

Nizam.Ariff said...

Tijah.
Boleh ke telan benda kering?
Klu aku, mmg ulamkan dengan air minum le jawabnya.

sharamli said...

Asal pedas, sup takde pun takpa. hihi

S u M i E said...

pedas itu sedap :)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com