.
Ayam Penyet: 10-12 ringgit
BigMac - Whopper: 8 - 14 ringgit
Nasi Ayam n more - briyani gam: 10-15 ringgit
Sekarang ni, nak makan menu yang ada nama
harganya dalam lingkungan 10 ringgit.
Dan tengahari tadi, aku cuba nilai yang sama
untuk makan nasi campur di sebuah gerai.
Dan aku dapat menu ini;
Ayam goreng berempah: 2 ketul
Pecal jawa
Sayur pucuk manis masak lemak
Bergedel ikan: 1 ketul
Nasi
Sambal belacan
Kicap cili
Teh O ais: 1 gelas
Harga: 10 ringgit
GST: tak dikenakan
Kalau di restoran biasa atau mamak
harganya mungkin cecah belasan ringgit.
Tapi, gerai ini bukan gerai ternama
Namun ia cukup terkenal untuk pekerja
bawahan seperti aku dan mereka
Pemandu lori, pekerja kontrak, budak ofis
Yang datang dengan van, motorsikal, lori
Inilah yang banyak makan di sini.
Kebersihan? Tolak dulu ke tepi
Aku syak bila malam tikus berzumba menari
Tapi setakat ini sakit perut belum lagi
Kalau perut yang manja, mungkin alah.
.
3 comments:
Dua ketul ayam? Perut 2.4 eh? Porut den 1.0 yo..
ni perut 3.0 niii.... tank modified kasik mark up...
hehehee....
yang penting halal bang.... :)
Cinta.
Abg sadoo punya saiz perut...hiks
Suzie.
Perut berlapis2 haha
Post a Comment