Tuesday, May 12, 2015

Haruan makan anak...

....adalah sesuatu yang menjelekkan.

Tapi ini adalah hasil tangkapan abang aku





Jarang untuk dapat ikan haruan yang besar
di kawasan sawah atau parit-parit kecil.
Yang besar-besar banyak terdapat di sungai
atau tasik yang besar-besar.

Dulu semasa aku (dan kami) masih bersekolah
musim ikan adalah musim mewah
Hari-hari menilik londang di sawah
sebelum memerang menjarah

Kalau bukan di londang, parit dan sungai
kami pancing. Atau kami pasang 'taut'
dengan umpan hidup anak sepat atau puyu
dan kami biarkan umpan hidup itu seinci
di bawah permukaan air, biar ia berenang
bermain dan berkocak... memanggil-manggil
untuk disambar dan ditelan haruan.


Kalau lebih, kami jual.
Bukan haruan sahaja, ikan keli juga
Atau belut sawah...



.

8 comments:

Anonymous said...

sampai skrg tak reti nak bezakan haruan dengan keli.

hehe.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Bkn selalu ikut mancing ke?

SuzieLAWAti said...

haruan memang makan anak eyh... ?!

ke itu cuma bidalan ja.... ?! ..

macam arowana... simpan anak dalam mulut... bila dah besar baru lepas kan sebab takut ikan lain makan anak dia... dia saya anak dia..

haruan ..?!...

tapi .. pati ikan haruan bagus untuk menyembuh luka dalaman...

Dr K said...

Ikan haruan ni katanya susah di masak, hanyir...betul ke?

Irfa said...

MASA LEPAS BERSALIN, PENAH TELAN HDUP2 ANAK HARUAN YNG SEBESAR IKAN BILIS TU, BIDAN KATA UTK UBAT CPT BAIK LUKA BERANAK, HUHU

Nizam.Ariff said...

Suzie.
Ya...haruan mmg mkn anak dia...

Daddyz.
Masak ikan haruan sama mcm ikan lain tp sesetengah masakan ikut tekak masing2. Ikan darat rata2 hanyir....especially ikan pemangsa.
Aku biasa goreng garing atau panggang. Klu dibuat sup, tekak aku kembang....teringat ular sawa rendam kat zoo....haha

Irfa.
Whoaaa....ganas tu. Tapi mmg ada dengar petua tu.

Dr K said...

ular sawa rendam = sup haruan.

terbaikkkk..

hahaha

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Haha..betul...aku terbygkan itu..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com