Tuesday, October 20, 2015

Tekanan jiwa...

.


Tadi, doktor kata tekanan darah aku rendah
Aku tanya, apa ubatnya?
Dia kata tak ada ubat yang spesifik
Dia kata kalau di hospital, mungkin masuk air.

Kalau gitu, nanti aku minum banyak², kata aku
Tak sama macam cucuk ke salur darah, kata dia
Tapi air masih dalam badan, kata aku
Lambat, kata dia

Lalu aku dibekalkan ubat pening dan vitamin
dan sekeping kertas yang membolehkan aku
merayap sekejap sebelum masuk ke pejabat
dan membiarkan diri diperkosa oleh kerja-kerja
sehingga lelah dan tekanan darah jadi rendah.


Untuk kembalikan tekanan darah jadi tinggi,
apa kata amalkan gaya hidup orang berdarah tinggi
Makan garam banyak²
Makan telur asin
Makan hati, jantung, limpa
Makan kerang-kerangan
Makan daging tetel masak asam
Makan sup gearbox

Sempitkan pembuluh darah...
Kerana cikgu fizik pernah ajar
Pressure = Flowrate / Area
Kalau luas keratan rentas mengecil
maka tekanan akan meningkat.

Boleh ke???





.

2 comments:

cinta said...

Nak sokong teori tu.
Technically mcm betul dah.
Practically xtau lah.
Hee..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Sakit lain lak yg dtg nanti....huhu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com