.
Masa aku kecik² dulu, mee rebus Pak Din dah pun terkenal. Masa aku mula² pandai naik bas henti² Sungai Manik pun itu jadi salah satu tempat singgahan.
Minggu lepas aku singgah lagi ke situ. Sebelum ini, anak Pak Din yang sambung berniaga selepas Pak Din tiada. Pada kali ini seorang makcik yang berniaga.
Aku tanya makcik tu, mana lelaki yang dulu? Dia kata dah meninggal dunia. Dia balunya, menantu Pak Din.
Walau bertukar pemilik, rasa mee rebusnya masih sama sedap. Aku pun bungkuskan dua lagi.
Mencari kedai mee rebus Pak Din bukan mudah, bukan calang orang mungkin tak jumpa! Lokasinya yang tersorok...atau tersepit, itu yang lebih tepat. Berhampiran Jam Tinggi Teluk Intan, sederet kedai dengan Mastan Ghani yang usul.
Lebih tepat lagi, kedainya tersepit diantara bangunan batu dua tingkat dah kedai papan setingkat. Lebar kedainya 8 - 10 kaki saja. Dan papan tanda kedainya dah pudar dan tersorok pula.
Kalau nak jumpa, kena bertanya.
.
5 comments:
Assalamualaikum!
Balik kampung ke sekarang?
Pagi-pagi dah buat lapar tgk gambo ni
Cklah.
W'salam
Itu minggu lepas.
Sha,
Hehe
setiap hari ape dia buka?
Tak pasti.... jumaat tutup kut...
Post a Comment