Tuesday, May 3, 2016

Manusia tak mahu susah untuk hidup, tak mahu hidup susah...

.

Di satu sudut dunia
Kelam...hanyir, kusam
Manusia tinggalkan, menjauh
Kerana sudut itu bukan dunia idaman

Tahu..bukan tak tahu, semakin dibiar
Tanpa diurus, sudut itu makin hanyir, kusam
Jadilah ia satu pusingan yang kejam
Lagi kusam, lagi dibiar...lagi kusamlah ia
Lebih kusam, teruslah dilupakan.

Jarang....jarang sungguh ada seseorang
Yang datang bawa lampu dan penyapu
Lalu dibersihkan, disental hingga bersih
Tak aneh...bila sudut dunia itu cantik wangi
Manusia datang menjengah...duduk bersila

Maka jadilah ia satu pusingan yang kejam
Makin ceria sudut itu, makin ramai bertandang
Tinggalkan noda berkapok-kapok
Kemudian menjadi hanyir dan busuk
Lalu seorang demi seorang ke luar
Jadilah sudut dunia itu menjadi kelam
Hanyir dan kusam.




.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com